Harian Metro

Tembelang w ang palsupecah di stesen minyak

-

Kuala Terengganu: Bapa dua anak dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana memiliki 39 keping wang kertas palsu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Muhammad Hairi Naim Wan Hamzah, 22, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 489 Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama isterinya, Siti Khadijah Johar, 22, memiliki 17 keping wang kertas RM100 yang mempunyai nombor siri sama AA1118027, 14 keping RM20 nombor siri sama AG1112249 dan lapan keping RM100 nombor siri sama WY1101800.

Pasangan berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Dungun, jam 5.45 petang pada 2 Januari lalu.

Bagaimanap­un, Siti Khadijah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n terhadap pertuduhan berkenaan.

Bagi kesalahan itu, Siti Khadijah berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd Rahman.

Mengikut fakta kes, seorang juruwang yang bertugas di stesen minyak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, jam 6.30 petang pada 1 Januari lalu menerima wang RM100 palsu daripada seorang wanita yang mahu mengisi minyak RM10.

Juruwang itu menyerahka­n baki wang tulen RM90 kepada wanita itu sebelum menyedari wang diterima palsu dan membuat laporan polis.

Susulan laporan diterima, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Dungun pada jam 5.45 petang pada keesokan harinya dan hasil pemeriksaa­n di dalam bilik tidur menemui enam keping not RM100 di dalam sampul putih di dalam laci meja solek.

Wan Muhammad Hairi Naim turut menunjukka­n satu lagi sampul putih mengandung­i 14 keping not RM20, lapan keping not RM100 dan 11 keping not RM100 yang disorokkan di belakang dinding di bilik kecil.

 ??  ?? WAN Muhammad Hairi dijatuhi hukuman penjara dua tahun manakala Siti Khadijah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
WAN Muhammad Hairi dijatuhi hukuman penjara dua tahun manakala Siti Khadijah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia