Harian Metro

Harta untuk anak-anak

-

Los Angeles: Selama lebih sedekad, bintang Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt dilihat sebagai pasangan selebriti hebat yang sering menarik perhatian bukan saja terhadap kehidupan peribadi, tetapi juga projek perfileman serta sifat murah hati mereka.

Dengan enam anak dan rumah di Amerika Syarikat (AS) serta Perancis, selain badan amal Yayasan Jolie-Pitt, banyak perkara sebenarnya menanti pasangan berkenaan susulan pengumuman perceraian mereka.

Angelina dan Pitt mula bercinta pada 2004 tetapi hanya berkahwin dua tahun lalu. Ini mampu merumitkan lagi proses perceraian yang difailkan Angelina Isnin lalu, seterusnya meletakkan semua yang dikongsika­n mereka dalam tangan pasukan peguam dan akauntan mereka.

Menurut majalah FORBES, pasangan itu memiliki kekayaan berjumlah AS$ 555 (RM2.2 bilion) dengan jumlah harta Pitt dianggarka­n AS$315.5 juta (RM1.3 bilion) manakala Angelina AS$ 239.5 juta (RM990 juta).

Bagaimanap­un, isu membabitka­n harta Angelina dan Pitt sudah dipersetuj­ui dalam perjanjian praperkahw­inan mereka yang menyatakan semua harta diperoleh sebelum perkahwina­n itu kekal menjadi milik masing-masing manakala yang diperoleh selepas tarikh berkenaan akan diserahkan kepada enam anak mereka.

Buat masa ini, perkara utama bagi kedua-duanya adalah enam anak mereka yang berusia lapan hingga 15 tahun, seperti dinyatakan mereka dalam kenyataan berasingan, semalam. Angelina mahu memohon hak penjagaan sepenuhnya dengan Pitt dibenarkan melawat mereka.

Pitt semalam memberi amaran, dia juga akan menuntut hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak-anak itu. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n pekerja di Muzium Madame Tussauds, London, memisahkan patung lilin Pitt dan Angelina sebaik berita mengenai perceraian mereka tersebar. - Reuters
GAMBAR menunjukka­n pekerja di Muzium Madame Tussauds, London, memisahkan patung lilin Pitt dan Angelina sebaik berita mengenai perceraian mereka tersebar. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia