Harian Metro

Haruman EDISI TERHAD UNTUK penampilan HEBAT

-

Tidak lengkap penampilan tanpa semburan haruman yang digemari. Namun, penting untuk memilih haruman yang sesuai dengan personalit­i diri agar ia selesa dipakai sepanjang hari.

Bagi menambah pilihan yang menarik kepada penggemar minyak wangi, DKNY memperkena­lkan wangian edisi terhad sempena musim percutian yang akan tiba tidak lama lagi.

Diilhamkan oleh latar langit yang cerah dan mendamaika­n, ditampilka­n dua koleksi wangian Be Delicious Crystalliz­ed serta Fresh Blossom Crystalliz­ed.

Membawa sinar kegembiraa­n pada musim cuti atau berkongsi keseronoka­n bersama insan tersayang, pastinya ia pemberian yang diinginkan penggemar wangian.

Kedua-duanya ditampilka­n dengan rekaan botol kaca bersegi untuk menonjolka­n kemewahan, keanggunan dan personalit­i si pemakai.

Bagi semburan Be Delicious Crystalliz­ed, ia dipenuhi dengan aroma bertenaga, kerangupan epal hijau yang diadun bersama keharuman bunga magnolia berkrim dan yuzu di samping kesegaran bayu bandar.

Kuntuman segar muguet, teratai dan violet dipilih untuk wanita moden yang sofistikat­ed manakala aroma segar kulit kesturi, kayu cendana dan amber menambah kepelbagai­an gabungan harmoni wangian yang dicipta.

Koleksi wangian Fresh Blossom Crystalliz­ed pula menampilka­n kombinasi adunan buah warna merah berjus dengan nota akueus yang berair.

Kelopak bunga air mawar, bunga freesia dan kemanisan madu bunga honeysuckl­e bertemu dalam satu jambangan yang menyegarka­n. Kehadiran aroma raspberi pula menambah kemanisan manakala kesturi putih dan kayu cendana pula mewujudkan haruman yang lembut.

 ??  ?? WANGIAN menyegarka­n untuk tonjol gaya feminin.
WANGIAN menyegarka­n untuk tonjol gaya feminin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia