Harian Metro

DBKL batal 200 lesen peniaga tempatan

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Sikap segelintir peniaga tempatan melindungi warga asing dengan mengaku sebagai ‘majikan’ setiap kali premis terbabit diserbu pihak berkuasa mengakibat­kan masalah itu gagal ditangani.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mustafa Mohd Noor berkata, situasi itu yang berlaku dengan warga asing, mereka akan dikenakan tindakan pembatalan lesen.

“Selain pembatalan kira-kira 200 lesen, kami juga sudah menyita 4,154 barangan penjaja warga asing dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu,” katanya.

Menurutnya, bermula 30 Mei 2013, jabatannya menjalanka­n Op Tegas bersama agensi lain seperti Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jabatan lain di DBKL.

“Operasi ini memberi fokus kepada penjaja warga asing yang menjalanka­n perniagaan secara haram dengan menyewa lesen peniaga tempatan dan bekerja sebagai pembantu gerai.

“Sehingga Ogos lalu, 20 siri serbuan dijalankan dan sebanyak 390 tindakan diambil termasuk tangkapan 197 orang oleh JIM,” katanya.

Mustafa berkata, pembabitan warga asing dalam perniagaan bukan saja memberi impak kepada ekonomi, tetapi kegagalan mereka mementingk­an kebersihan boleh menyebabka­n pelbagai penyakit merebak.

Beliau berkata,

rakyat tempatan lebih selesa menggajika­n pekerja asing berikutan sukarnya mendapatka­n tenaga kerja tempatan dan jika ada mereka hanya berminat bekerja pada masa yang singkat saja.

“Kadar upah warga asing juga lebih rendah malah majikan tidak perlu menyediaka­n insentif dan kemudahan yang selesa untuk mereka.

“Ketika membuat operasi, biasanya persatuan perniagaan tempatan akan melindungi warga asing yang menjalanka­n perniagaan dan pembantu gerai dengan mengaku sebagai pemilik asal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia