Harian Metro

KPDNKK akan ambil tindakan tegas

-

Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga Bangladesh dan warga asing lain yang didapati menjalanka­n perniagaan barangan tiruan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sentiasa menjalanka­n operasi berdasarka­n maklumat dan aduan orang awam atau pemilik cap dagang sah.

“KPDNKK akan melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n. Sekiranya terbukti barang dijual itu tiruan, kami boleh ambil lanjut.

“Bagaimanap­un kami hanya mempunyai kuasa untuk merampas barangan cetak rompak diniagakan mengikut akta KPDNKK. Kami tiada kuasa dan hanya imigresen boleh buat (tangkapan),” katanya ketika diminta mengulas berhubung lambakan peniaga warga asing Bangladesh di ibu kota.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan ke-17 Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) di sini, semalam, mengakui wujudkan peniaga warga asing yang menjalanka­n kegiatan secara haram di negara ini.

Harian Metro semalam mendedahka­n taktik segelintir warga Bangladesh yang aktif menyeludup masuk pakaian jenama terkemuka cetak rompak melalui pelabuhan negara ini.

Difahamkan mereka membeli pakaian cetak rompak gred A daripada pengilang di Bangladesh pada harga murah sebelum dibawa masuk ke Malaysia.

Taktik itu terbongkar hasil kecekapan KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menahan dua kontena berisi pakaian cetak rompak di Pelabuhan Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia