Harian Metro

Aku belum kuat Izreen belum sedia bercinta

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

„ Zamani ditemani kaunselor bantu lupakan dadah

Penyanyi Zamani, 45, menggunaka­n khidmat kaunselor untuk Konsert 3 Suara yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 22 hingga 25 September ini bagi memantau keadaannya agar tidak lagi teringat untuk terbabit dengan tabiat lama.

Kata Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, kaunselor terbabit dilantik bagi memberi kaunseling kepadanya.

“Dia (kaunselor) datang dan menemani saya bagi mengurangk­an tekanan dengan memberi nasihat serta semangat. Dia akan tengok faktor yang boleh menyebabka­n kejatuhan semula kita.

“Saya mengaku masih belum kuat selepas keluar dari Pengasih Oktober lalu. Sebagai artis, saya tahu banyak tekanan diterima dan ia penyumbang utama yang mengganggu emosi hingga saya teringat benda lama (menagih dadah),” katanya ditemui selepas pratonton Konsert 3 Suara, kelmarin.

Menurutnya, fokusnya kini adalah pada kerjaya dan akan terus menjayakan konsert ketiga berskala besar tahun ini selepas di Pusat Borong Kenanga (KWC) pada Mei dan Pasir Gudang, 3 September lalu.

“Saya tidak mahu fikir apa-apa dan peluang yang diberikan Datuk Jamal Abdillah menjayakan konsert ini adalah satu penghargaa­n.

“Saya akan buat sehabis baik kerana berkongsi satu pentas dengan idola sejak zaman sekolah lagi,” katanya yang turut berganding­an dengan Ameng (Spring) dan Jamilul Hayat dalam konsert itu.

Zamani ketika konsert masih lagi mengekalka­n bisanya sebagai penyanyi terkenal dan menyanyika­n lagu popularnya bersama kumpulan Slam seperti Kembali Merindu, Maria Mariana, Kembali Terjalin, Syair Si Pari-pari, Gerimis Mengundang dan Manisnya Rindu.

Sementara itu, Zamani juga bersedia menyanyika­n lagu Datuk Siti Nurhaliza pada konsert itu jika ada permintaan daripada peminat selepas Datuk Jamal memenuhi permintaan peminatnya dengan menyanyika­n lagu dendangan asal Ziana Zain, Kalau Mencari Teman.

“Namun, saya harus merujuk kepada penganjur terlebih dulu sebelum mempersemb­ahkan sebarang lagu pada konsert ini.

“Kalau Datuk Jamal boleh menyanyika­n lagu Ziana, jadi tidak ada masalah besar untuk saya jika diminta menyanyika­n lagu Siti,” katanya. “Memang saya ada didekati lelaki muda, tetapi belum bersedia menerima mereka sebagai teman lelaki,” kata pelakon, Izreen Azminda, 31.

Katanya, dia belum yakin dan terbuka mengisi hati untuk lelaki.

“Bukan kata saya trauma dengan lelaki, namun saya mahu fokus kepada anak dan kerjaya terlebih dulu.

“Saya bahagia dengan hidup sekarang dan tidak mahu ada komitmen lain terutama mempunyai hubungan istimewa,” katanya ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Eryns, di sini, semalam.

Menurut ibu kepada Muhammad Adrian Umar yang berusia tiga tahun, dia mengharapk­an bakal suami yang boleh menjaga dan menerima dirinya serta anak.

“Usia bukan penghalang. Tidak dinafikan, saya memang menyukai lelaki muda dan ramai mencuba, tetapi saya tolak,” katanya yang baru selesai menjalani penggambar­an drama Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul Kesetiaan bersama pelakon Keith Foo dan Amar Asyraf.

Sementara itu, katanya, hubungan dengan bekas suami, Muhamad Riza Baharuddin masih lagi baik.

“Kami tidak berdendam antara satu sama lain dan berkawan seperti biasa.

“Buat apa hendak bermusuh sedangkan kami selalu berjumpa terutama apabila dia datang mengambil anak,” katanya.

 ??  ?? ZAMANI ketika beraksi pada Konsert 3 Suara di Istana Budaya.
ZAMANI ketika beraksi pada Konsert 3 Suara di Istana Budaya.
 ??  ?? IZREEN
IZREEN
 ?? SAIFULLIZA­N TAMADI ??
SAIFULLIZA­N TAMADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia