Harian Metro

Mamat nafi kaitan cari pelakon tambahan

-

Kuala Lumpur: Pengarah terkenal Mamat Khalid menafikan dia ada kaitan dengan pencarian pelakon tambahan untuk penggambar­an filem berjudul Zombietopi­a yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

Mamat ketika dihubungi berkata, dia tidak terbabit langsung dengan filem itu dan hairan bagaimana namanya dikaitkan sebagai pengarah filem itu.

“Mesej itu bukan daripada saya. Saya tiada kaitan langsung dengan filem itu, apatah lagi mencari pelakon tambahan,” katanya.

Antara kandungan mesej itu mahu mencari pelakon tambahan sebagai zombi untuk filem berjudul Zombietopi­a yang menjalani penggambar­an di sekitar Kuala Lumpur.

Pelakon diberikan bayaran RM80 dan sesiapa berminat diminta menghubung­i individu bernama Norah menerusi nombor telefon disertakan.

Mesej berkenaan turut menyatakan Mamat adalah pengarah filem itu.

Mamat yang juga sinonim dengan filem bertema zombi seperti Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut berkata, Norah yang namanya disertakan dalam mesej itu sudah menghubung­inya dan memberi penjelasan.

“Masalah itu sudah diselesaik­an dan Norah memberitah­u ada pihak tidak bertanggun­gjawab memandai-mandai meletakkan nama saya dalam mesej itu.

“Justeru, saya meminta orang ramai supaya berhenti menyebarka­n maklumat palsu itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik Norah Talent Studios, Norashaniz­a Rahmat berkata, pada asalnya mesej itu dihantar kepada kakitangan­nya untuk mencari pelakon tambahan bagi filem Zombietopi­a terbitan Green Light Picture Sdn Bhd.

“Filem itu diarahkan Wong Ming Jin dan memang tiada kena-mengena dengan Mamat. Lebih teruk kandungan mesej itu turut diubah dan mendakwa saya mencari pelakon lucah pula,” katanya yang turut membuat laporan polis, malam kelmarin.

 ??  ?? MESEJ WhatsApp berkaitan pencarian pelakon tambahan yang viral.
MESEJ WhatsApp berkaitan pencarian pelakon tambahan yang viral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia