Harian Metro

Jurulatih dapat ganjaran

-

Sepang: Atlet Olimpik dan Paralimpik negara yang cemerlang di Rio tidak perlu menunggu lama untuk menerima ‘durian runtuh’ menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumka­n insentif berkenaan diberikan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Majlis penyerahan insentif untuk atlet Olimpik dan Paralimpik diadakan 9 Oktober depan. Ia disempurna­kan Perdana Menteri,” kata Khairy pada majlis sambutan kontinjen Paralimpik Rio, semalam.

Tiga atlet paralimpik negara - Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 meter T36), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan Abdul Latif Romly (acara lompat jauh T20) yang memenangi emas di Rio bakal bergelar jutawan - apabila menerima RM1 juta manakala pemenang gangsa, Siti Noor Radiah Ismail menerima RM200,000 (tambahan RM100,000 diumumkan Perdana Menteri).

Atlet Olimpik negara yang membawa pulang empat perak diketuai Datuk Lee Chong Wei menerima RM300,000 (tambahan RM200,000) manakala Azizulhasn­i Awang yang meraih gangsa mendapat RM100,000 (tambahan RM200,000).

Selain itu, pada majlis sama, Khairy turut mengumumka­n peningkata­n insentif kepada jurulatih atlet Olimpik dan Paralimpik yang meraih pingat.

“Saya umumkan ganjaran 30 peratus daripada nilai kejayaan diberikan kepada atlet. Ia peningkata­n 10 peratus daripada 20 sebelum ini,” katanya.

Ini bermakna jurulatih yang membantu atlet meraih emas menerima RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

 ?? Hasniza Saidin, 44, Sukarelawa­n ?? DARI kiri, Muhammad Ziyad, Mohamad Ridzuan, Siti Noor Radiah dan Abdul Latif. Tahniah kepada semua atlet paralimpik negara. Kami rakyat Malaysia berbangga dan bersyukur di atas kejayaan diraih. Saya berharap kesungguha­n dan kejayaan mereka...
Hasniza Saidin, 44, Sukarelawa­n DARI kiri, Muhammad Ziyad, Mohamad Ridzuan, Siti Noor Radiah dan Abdul Latif. Tahniah kepada semua atlet paralimpik negara. Kami rakyat Malaysia berbangga dan bersyukur di atas kejayaan diraih. Saya berharap kesungguha­n dan kejayaan mereka...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia