Harian Metro

Jawapan air mata

-

„ Jaffar makin pulih selepas sebulan terlantar di hospital

Hanya linangan air mata Jaffar Saion, 57, ketika ditanya isterinya sama ada dia mahu pulang ke tanah air.

Sesekali dia mengangguk apabila pelawat dari Malaysia diperkenal­kan kepadanya.

Keadaan itu mengundang kesayuan pasukan Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) yang tiba di Hospital Vincent petang semalam untuk melawat dan mengetahui keadaan terkini Jaffar.

Isterinya, Zainon Abdul Rahman, 56, tetap ceria menyambut pelawat termasuk rakyat kita yang bekerja atau menetap di sekitar Sydney biarpun dia sedih dengan keadaan menimpa suaminya.

“Dia (Jaffar) semakin baik sejak mula-mula dimasukkan ke hospital ini pada 30 Ogos lalu. Sebelum itu dia mengadu sakit kepala dan berehat saja di hotel penginapan.

“Tidak lama kemudian, dia mengadu kepada anak kaki dan tangannya terasa kebas dan tak boleh bercakap. Saya terus hubungi ambulans,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zainon berkata, dia bersyukur selepas doktor memaklumka­n suaminya bernasib baik kerana segera mendapatka­n rawatan kerana jika tidak, suaminya berisiko koma jika saluran darah pecah.

Jaffar dirujuk ke Hospital Prince Of Wales untuk menjalani pembedahan membuang darah beku dan dipindahka­n semula ke Hospital St Vincent sejak 10 September lalu sehingga kini.

Katanya, ketika ini dia berharap pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

“Sedar tak sedar, saya sudah sebulan di sini. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya sama ada di Malaysia atau Australia kerana jika tidak, saya sendiri tak tahu bagaimana untuk berdepan semua ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha (Operasi) BKUM, Abd Khalid Chairul berkata, pihaknya cuba mendapatka­n penjelasan status kesihatan Jaffar sebelum tindakan susulan.

Katanya, ia merangkumi kemungkina­n Jaffar dibenarkan pulang dalam masa terdekat dan risiko yang ada jika berbuat demikian.

 ??  ?? JAFFAR terlantar di Hospital Prince of Wales, Sydney beransur pulih.
JAFFAR terlantar di Hospital Prince of Wales, Sydney beransur pulih.
 ??  ?? ZAINON berbincang dengan Abd Khalid (dua kiri).
ZAINON berbincang dengan Abd Khalid (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia