Harian Metro

Kementeria­n Pendidikan perketat isu keselamata­n

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan sedang meneliti untuk meningkatk­an aspek keselamata­n di sekolah yang terletak berhampira­n jalan utama susulan insiden kemalangan terbaharu membabitka­n seorang murid di Bagan Serai, Perak kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai langkah yang boleh diambil bagi mengelakka­n kes sama berulang.

Katanya, walaupun setiap sekolah mempunyai pengawal keselamata­n masing-masing, tugas mereka hanya tertakluk di dalam kawasan sekolah.

“Dalam masa beberapa bulan ini, banyak kes kemalangan berlaku di luar kawasan sekolah dan saya lihat perlu untuk mengadakan perbincang­an dengan PDRM.

“Walaupun ada kontrak keselamata­n, mereka hanya membantu di luar kerana tugas hanya dalam sekolah. Ada juga kebanyakan­nya mengambil tanggungja­wab menjaga lalu lintas di sekolah.

“Lebih elok sekiranya kementeria­n berbincang dengan polis untuk meneliti keadaan keselamata­n di sekolah kritikal yang lokasinya terletak di jalan utama. Ini disebabkan sudah ada beberapa kes kemalangan

>>Mangsa dipercayai memasuki laluan dipandu wanita berkenaan sebelum dirempuh

menyedihka­n membabitka­n murid sekolah,” katanya pada sidang media selepas penyerahan tablet Kementeria­n Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan kepada warga guru Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kejadian murid Tahun Empat maut dilanggar kenderaan ketika melintas jalan di hadapan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan, Bagan Serai.

Mohammad Haikal Helme dari Kampung Parit Gabis Atas digilis lori terbabit ketika melintas jalan pada jam 7.20 pagi untuk pergi ke sekolah berkenaan.

Dalam majlis itu, 17,638 guru di 303 sekolah seluruh Wilayah Persekutua­n diberi tablet percuma yang dilengkapi aplikasi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi memudahkan guru mencipta Lembaran Kerja Digital dan melakukan proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP).

 ??  ?? USIA pokok Durian Saka mencecah ratusan tahun.
KENDERAAN yang dipercayai merempuh pelajar perempuan.
USIA pokok Durian Saka mencecah ratusan tahun. KENDERAAN yang dipercayai merempuh pelajar perempuan.
 ??  ?? MAHDZIR
MAHDZIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia