Harian Metro

PIBG dah minta bina bonggol

-

Bagan Serai: Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membabitka­n pemandu lori yang merempuh dan menggilis seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan di sini, hingga menyebabka­n kematian di depan sekolah berkenaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pemandu berusia 43 tahun itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu termasuk meneliti rakaman CCTV yang menjadi viral di media sosial sejak kejadian semalam (kelmarin).

“Kita akan mengemukak­an kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rakaman CCTV yang menyayat hati itu viral dalam media sosial menunjukka­n mangsa Mohammad Haikal Helme, 10, dari Kampung Parit Gabis Atas bersama sekumpulan murid lain yang lengkap berpakaian seragam sekolah melintas jalan di Kilometer 103, Jalan Ipoh-Butterwort­h berhadapan pagar sekolahnya.

Sejurus kemudian rakaman menunjukka­n pengawal sekolah mengibarka­n papan berhenti berwarna merah dengan pantas sebelum tiba-tiba muncul sebuah lori yang terus merempuh mangsa manakala murid lain terselamat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali menyokong sepenuhnya gesaan penduduk yang mahukan pembinaan jejantas atau bonggol keselamata­n di depan sekolah berkenaan demi memastikan keselamata­n murid terjamin.

Beliau berkata, pembinaan bonggol keselamata­n atau jejantas di setiap jalan utama di hadapan sekolah menjadi perkara wajib yang perlu dipenuhi pihak berkenaan bagi mengelakka­n berlaku kemalangan sebegini.

“Saya difahamkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Teluk Medan sudah mengemukak­an permohonan meminta pihak berwajib menyediaka­n bonggol keselamata­n atau jejantas di hadapan kawasan sekolah.

“Namun, sehingga kini permohonan itu masih belum dilaksanak­an dan saya menggesa ia segera diluluskan bagi menjamin keselamata­n murid dan pelajar,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV di lokasi kejadian. Gambar kecil, keluarga menunjukka­n gambar mangsa.
RAKAMAN CCTV di lokasi kejadian. Gambar kecil, keluarga menunjukka­n gambar mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia