Harian Metro

Pengalaman sebenar bekerja

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

„ SL1M sudah beri peluang pekerjaan kepada lebih 80,000 peserta sejak 2011

Beroperasi tanpa dana kerajaan, namun ia bukan halangan untuk sebuah program latihan pekerjaan, Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) berkembang dan terus membimbing graduan lulusan universiti awam (UA) di negara ini mendapat pekerjaan yang baik.

Lebih membanggak­an, SL1M yang kini diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah membantu memberi peluang pekerjaan kepada lebih 80,000 peserta sejak 2011.

Mahu dikenali sebagai pusat ‘amal jariah’, SL1M kini disokong dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di mana syarikat-syarikat ini menawarkan skim latihan industri secara percuma kepada graduan selain memberi elaun minimum bulanan RM1,000 sepanjang tempoh latihan.

Berkongsi kelebihan SL1M, Ketua Sekretaria­tnya Norashikin Ismail berkata, setiap graduan yang menyertai SL1M bukan saja mendapat pengalaman sebenar alam pekerjaan sebaliknya dilatih untuk menguasai kemahiran berkomunik­asi, meningkatk­an keyakinan diri dan mempersiap­kan diri dengan pengalaman bekerja.

Justeru, katanya, belum terlambat untuk seseorang graduan menganggur mengubah nasib diri dan keluarga kerana SL1M menyediaka­n pakej lengkap untuk bergelar seorang pekerja yang baik setaraf profesiona­l.

“Kebanyakan graduan yang hadir untuk temu duga program ini daripada keluarga kurang berkemampu­an dan menetap di kawasan pedalaman. Malah, ada antara mereka yang tidak berkemampu­an untuk keluar mencari pekerjaan kerana masalah kewangan.

“Kajian mendapati kebanyakan graduan menganggur kurang kemahiran komunikasi di mana ia satu elemen penting di alam pekerjaan. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai pemikiran kreatif; tiada sikap sebagai seorang profesiona­l; kurang penampilan diri dan tidak mampu menyerap tekanan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, pihaknya tidak mahu menyalahka­n sesiapa, namun ia belum terlambat untuk graduan menganggur keluar daripada kepompong berkenaan.

Norashikin berkata, SL1M yang dilancarka­n pada 1 Jun 2011 antara program kebolehpas­aran bertujuan membantu graduan menganggur meningkatk­an keupayaan diri dengan mempersiap­kan mereka dengan ilmu; kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatk­an peluang mereka untuk mendapat pekerjaan di mana-mana sektor pekerjaan.

Beliau berkata, peserta yang terpilih mengikuti SL1M akan ditawarkan tempat latihan maksimum sehingga setahun di GLC terpilih dan mereka juga akan ditawarkan kerja tetap sekiranya menunjukka­n prestasi kerja yang baik sepanjang latihan.

“Kami juga mendapati, peserta yang tamat latihan SL1M berjaya melengkapk­an diri masing-masing dengan kehendak diperlukan industri malah, mereka turut ditawarkan kerja tetap di GLC terkemuka negara.

“Apabila diberi bimbingan dan peluang, mereka sebenarnya boleh berubah sekali gus memenuhi kriteria diperlukan syarikat,” katanya.

Katanya, pelbagai kisah kejayaan graduan yang dikumpulka­n pihaknya sepanjang mengendali­kan sesi temu duga dan latihan SL1M termasuk kisah seorang graduan menghidap barah yang dipinggirk­an majikan, namun berjaya mendapat pekerjaan baik biarpun mempunyai sejarah dan rekod kesihatan yang buruk.

Norashikin berkata, graduan wanita itu berjaya mengharung­i SL1M dengan cemerlang, berkahwin dan mempunyai anak serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Selain itu, katanya ada seorang graduan wanita yang mendapat manfaat daripada program ini di mana dia hadir pada sesi temuduga dengan pelbagai masalah dan kesukaran, termasuk baru dua minggu berkahwin; mempunyai adik beradik yang ramai; bapa yang mempunyai empat isteri dan ibu bekerja sebagai tukang jahit.

“Graduan itu bertekad memasuki program ini kerana ia peluang untuk mengubah nasib keluargany­a dan kini mampu mendapat pekerjaan yang baik dan menanggung keluargany­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PAMERAN SL1M di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti. Kami juga mendapati, peserta yang tamat latihan SL1M berjaya melengkapk­an diri masing-masing dengan kehendak diperlukan...
PAMERAN SL1M di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti. Kami juga mendapati, peserta yang tamat latihan SL1M berjaya melengkapk­an diri masing-masing dengan kehendak diperlukan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia