Harian Metro

Cukup 14 tahun jadi ‘kuli’

- Mohd Fauzi Abdullah fauzie@hmetro.com.my

„ Lelaki dilahirkan pekak dan bisu jadi bos sendiri bukabengke­lkereta

Dilahirkan pekak dan bisu, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat insan istimewa ini untuk membina perniagaan­nya sendiri selepas kira-kira 14 tahun menjadi ‘kuli’.

Pemilik bengkel kereta Sharil Makmur Enterprise Tanjung Lumpur, di sini, Muhammad Sharil Abdullah, 35, tidak berpelajar­an tinggi, namun berkat kesungguha­n dan kesabaran, dia kini menuai hasil apabila mampu memiliki perniagaan sendiri seterusnya bergelar ‘tauke’.

“Saya hanya bersekolah sehingga tingkatan empat dan selepas itu, saya pulang ke Kuantan untuk bekerja dari 1998 hingga 2012 sebelum membuka bengkel sendiri kira-kira empat tahun lalu,” katanya yang menetap di Kempadang, di sini.

Menyingkap kisah hidupnya, bapa kepada seorang anak itu berkata, dia dihantar keluargany­a belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.

“Bagaimanap­un, saya belajar setakat tingkatan empat dan pulang ke bandar ini selepas itu, bukan tidak mahu belajar tapi saya berpendapa­t ada cara lain untuk saya berjaya.

“Selepas berhenti sekolah, saya terus bekerja dengan seorang lelaki Cina, saya kutip pengalaman kerja dengannya sehingga berjaya membuka bengkel sendiri,” katanya.

Katanya, lebih membanggak­an dia membuka bengkel berkenaan tanpa mengharapk­an bantuan modal daripada sesiapa, hanya menggunaka­n wang simpanan sendiri.

Anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, wang yang digunakan untuk membuka bengkel berkenaan adalah hasil titik peluhnya sendiri selama 14 tahun ‘berguru’ dengan orang lain.

“Saya ingin buktikan, walaupun tanpa pelajaran tinggi orang kurang upaya (OKU) seperti saya juga boleh berjaya dalam hidup, asalkan ada kemahuan dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

“Jika tidak kita, siapa lagi yang akan mengubah nasib kita,” katanya memaklumka­n ahli keluargany­a yang lain adalah normal.

Muhammad Sharil berkata, kekurangan diri bukan halangan baginya dalam menguruska­n urusan kerja seharian.

Katanya, dia tidak mahu dilihat lemah kerana bergelar OKU dan ingin hidup berdikari tanpa bantuan pihak lain.

“Saya minta insan senasib dengan saya belajar berdikari dan jangan anggap diri kita lemah, kita mesti berusaha supaya boleh bersaing dengan insan normal, ada kelebihan dalam diri kita di sebalik kekurangan ini,” katanya.

Menurutnya, dia boleh berbangga kerana isterinya, Rozaliza Abdul Rahim, 31, juga OKU sepertinya sentiasa berada di sisi memberikan semangat dalam menjalani kehidupan seharian, di samping anak mereka yang berusia setahun, Muhammad Syawal Rizqi.

Sementara itu, jurubahasa Persatuan Orang Pekak Pahang (PADA) Wan Rofariza Wan Deraman berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada OKU terbabit dalam usaha mereka memajukan diri.

 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG ?? MUHAMMAD Sharil di bengkelnya. Gambar kecil Muhammad Sharil bersama Rozaliza dan Muhammad Syawal.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG MUHAMMAD Sharil di bengkelnya. Gambar kecil Muhammad Sharil bersama Rozaliza dan Muhammad Syawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia