Harian Metro

‘Saka’ orang kaya

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Buahnya tidak sepopular Musang King, namun durian Saka di Kampung Gelang Chinchin, di sini, tetap mempunyai peminatnya tersendiri.

Pemilik pokok durian Saka, Agil Mohamad, 67, berkata, penggemar durian itu seperti dari Singapura, Thailand dan Indonesia sanggup datang beratus kilometer untuk menikmatin­ya di sini selain menjadi pilihan kepada golongan mewah.

“Antaranya pemilik kenderaan mewah Ferrari, Jaguar dan Lamborghin­i yang datang untuk menikmati durian Saka hingga tidak mencukupi untuk dihantar kepada pembekal di luar,” katanya ketika ditemui di Kampung Gelang Chinchin, di sini, kelmarin.

Menurutnya, nama Saka diberikan kepada durian terbabit berikutan usia pokoknya mencecah ratusan tahun selain masih berbuah setiap kali musim durian tiba.

“Pokok durian ini sangat menarik dan masih berbuah biarpun sudah tua dan ia ditanam di Kampung Gelang Chinchin, malah saya mempunyai empat pokok durian terbabit di sini.

“Ia ditanam oleh generasi terdahulu di sekitar kawasan kediaman untuk dinikmati anak cucu selain disedekahk­an kepada jiran atau buah tangan kepada saudara mara yang datang berkunjung ke sini,” katanya.

Menurutnya, jumlah pokok durian saka sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa kini hanya berbaki kira-kira 80 pokok dan setiap pokok menghasilk­an ratusan biji durian pada setiap musim.

“Kebanyakan­nya sudah ditebang pemilik kediaman termasuk untuk tujuan pembesaran rumah dan digantikan dengan klon durian lebih bernilai tinggi dan komersial,” katanya.

Agil berkata, rasa durian Saka sedikit pahit, kemanisan sederhana selain mudah

„ Durian Kampung Gelang Chinchin dianggap spesies unik dan sukar didapati

dibelah dan harganya amat berpatutan antara RM5 hingga RM10 sekilogram.

“Ia juga tidak mudah dirosakkan makhluk perosak,” katanya.

Menurutnya, walaupun isinya nipis kekuningan, namun faktor kesukaran mendapatka­nnya menyebabka­n ia menjadi rebutan ramai.

Sementara itu, Ketua Kampung Gelang Chinchin Salleh Mohammad berkata, kewujudan durian Saka membantu produk agro pelanconga­n di kampung terbabit setiap kali tiba musim durian.

“Aktiviti inap desa juga menjadi rancak dan kawasan durian kebiasaann­ya dipenuhi pelancong, malah satu pemandanga­n yang menarik apabila melihat mereka bermalam di dusun,” katanya.

 ??  ?? PENGGEMAR durian sanggup ke Segamat untuk menikmati kelazatan durian Saka.
PENGGEMAR durian sanggup ke Segamat untuk menikmati kelazatan durian Saka.
 ??  ?? USIA pokok durian Saka mencecah ratusan tahun.
USIA pokok durian Saka mencecah ratusan tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia