Harian Metro

Dendam cinta hampa

-

Johor Bahru: Lapan lelaki termasuk dua suspek utama kes bunuh dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram direman selama lima hari hingga Isnin ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosesur Jenayah, semalam.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Norhidayah Manaf membenarka­n reman terhadap semua suspek yang berusia antara 18 dan 20 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua suspek utama berjaya ditahan di Kilometer 142.4 Lebuhraya Utara-Selatan susur ke Pagoh, Muar, petang kelmarin dalam cubaan mereka melarikan diri ke ibu negara menggunaka­n bas ekspres.

“Dalam kejadian ini, seorang ibu berusia 56 tahun dan anak perempuann­ya berumur 16 tahun dijumpai mati akibat tikaman dan tetakan berganda menggunaka­n senjata tajam di dalam satu bilik rumah terbabit.

“Seorang cucu perempuann­ya berusia tiga tahun tidak dicederaka­n. Bertindak atas maklumat orang ramai dan risikan, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menangkap lima lelaki untuk membantu siasatan di sekitar Pelangi Indah.

“Hasil tangkapan terbabit membawa kepada dua tangkapan suspek utama selain suspek terakhir ditangkap pada jam 3.30 pagi semalam. Turut dirampas beberapa barangan dipercayai milik si mati,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, M Mariayee dan anaknya, S Durga Devi ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah mereka dengan kesan kecederaan parah di leher, badan dan tangan pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, seorang daripada mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa, di sini, dipercayai dibunuh akibat cinta terhalang selain faktor balas dendam.

 ??  ?? ANTARA lapan lelaki direman untuk membantu siasatan pembunuhan dua beranak.
ANTARA lapan lelaki direman untuk membantu siasatan pembunuhan dua beranak.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia