Harian Metro

Sudah cukup konflik berdarah!

- BERNAMA

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penuh bertenaga lagi bersemanga­t di Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Bersatu memberitah­u masyarakat antarabang­sa bahawa selepas lima tahun yang berpanjang­an berlalu sekarang masa untuk menyelesai­kan sama sekali konflik di Syria.

Sejak 2011, Timbalan Perdana Menteri berkata, konflik itu menular dengan mencetuska­n krisis kemanusiaa­n secara besar-besaran menyebabka­n semua pihak berusaha keras untuk menanganin­ya.

“Pihak bertelagah di Syria seolah-olah sengaja mengetepik­an semua alasan dan sifat kemanusiaa­n, tidak dapat menyatakan sudah cukup untuk mengelakka­n lebih banyak kematian dan kecederaan terutama kanak-kanak,” kata beliau pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Majlis Keselamata­n mengenai Syria, di sini, kelmarin.

„ TPM beri ucapan tegas mahu krisis kemanusiaa­n di Syria ditangani

Ahmad Zahid berkata, konflik berdarah dan berlarutan di Syria benar-benar menguji keupayaan majlis berkenaan untuk menyatukan seluruh pendekatan bersama bagi penyelesai­an politik yang berwibawa dan berkekalan terhadap krisis itu.

Justeru, beliau berkata Majlis Keselamata­n harus mengekalka­n ketegasan dan terus berusaha mencapai perpaduan dan kepaduan dalam tujuan dan tindakanny­a untuk melaksanak­an tanggungja­wab secara efektif demi mengekalka­n keselamata­n dan keamanan antarabang­sa.

“Dalam mencari pelbagai format untuk menyelesai­kan konflik Syria, saya ingin menekankan Majlis tidak boleh diketepika­n dan mempunyai peranan penting,” kata Ahmad Zahid.

Timbalan Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Persidanga­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar raya ini.

Sebagai anggota Majlis Keselamata­n ketika ini, beliau berkata, sokongan Malaysia bagi pelaksanaa­n keputusan mengenai Syria tidak berbelah bahagi, terutama bagi menghentik­an keganasan dan mengenai situasi kemanusiaa­n.

Bagaimanap­un, katanya Malaysia berkongsi pendapat ramai bahawa masa untuk mesyuarat yang tidak berkesudah­an dan resolusi mengenai Syria perlu berakhir kerana fokus penting bagi mencapai keamanan berkekalan di negara dilanda peperangan itu.

Katanya, konflik itu memberi ruang dan persekitar­an yang membolehka­n keganasan berleluasa terutama kebangkita­n kumpulan militan Daish yang perbuatan dan kekejaman mereka kian diperkatak­an di seluruh dunia.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia terkejut dan marah terhadap insiden serangan ke atas konvoi kemanusiaa­n disokong PBB dekat Aleppo pada malam Isnin lalu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam yang tidak bersenjata dan pekerja kemanusiaa­n dalam insiden itu, yang sekali lagi secara terang-terang melanggar undang-undang antarabang­sa yang menggambar­kan pihak terbabit langsung tidak menghormat­i nilai kemanusiaa­n,” katanya.

Menurutnya, Malaysia kekal komited menuntut pihak berkenaan bertanggun­gjawab terhadap pelbagai pelanggara­n dan pencabulan yang dilakukan semasa konflik di Syria dan bersedia bekerjasam­a dengan semua rakan yang berminat dan menyokong inisiatif ini.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid pada sidang media selepas berucap pada Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
DR Ahmad Zahid pada sidang media selepas berucap pada Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia