Harian Metro

‘Tolonglah tuan...’

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kalidevi Mogan Kumarappa am@hmetro.com.my

„ Pemilik rayu dikecualik­an serah kenderaan klon kepada SPRM

“Tolonglah tuan, saya sudah habiskan lebih RM50,000 untuk kereta ini. Tolong jangan rampas kereta kesayangan saya. ”

Itu antara panggilan telefon dan rayuan diterima pegawai penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalanka­n siasatan terhadap 46 kenderaan seludup yang masih gagal diserahkan pemilik kepada SPRM sejak kelmarin.

Pemilik kenderaan seludup model Toyota Estima berusia lingkungan 40 tahun itu menghubung­i pegawai penyiasat SPRM pagi semalam, selepas menyedari diburu pihak berkuasa.

Difahamkan lelaki itu mengaku sebagai seorang daripada 46 pemilik kenderaan yang diminta menyerahka­n kenderaan masing-masing selepas SPRM mendapati ia dibeli secara haram melalui sindiket.

Lelaki berasal dari Kuala Lumpur itu turut memberitah­u sudah membelanja­kan tambahan puluhan ribu ringgit bagi mengubah suai serta memasang aksesori tambahan pada kenderaan seludup itu.

Selain pemilik Toyota Estima itu, pegawai SPRM turut dihubungi pemberi maklumat yang mendakwa mengetahui lokasi kenderaan seludup itu disembunyi­kan selepas berita berhubung jenayah itu disiarkan media.

Mengulas lanjut, Pengarah Risikan SPRM Datuk Seri Ahmad Kushairi Yahaya berkata, seramai lima pemilik kenderaan sudah bersedia untuk menyerahka­n kenderaan masing-masing, semalam.

“Tiga daripadany­a berjanji menyerahka­n kenderaan hari ini (semalam) manakala dua lagi esok (hari ini).

“Lima pemilik kenderaan itu dijangka menyerahka­n kenderaan di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Putrajaya, ” katanya.

Beliau turut memberi jaminan pemilik kenderaan yang tampil menyerahka­n kereta masing-masing dalam tempoh seminggu dilepaskan daripada tindakan undang-undang.

“Bagaimanap­un, kenderaan itu tetap disita manakala pemilik dijadikan saksi siasatan,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 17 kenderaan seludup berjaya dirampas

SPRM sejak Selasa lalu selain penahanan empat individu dipercayai ahli sindiket penjualan.

 ??  ?? Harian Metro semalam. LAPORAN
Harian Metro semalam. LAPORAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia