Harian Metro

Membaca al-Quran bahtera penyelamat ummah

-

„ Perlu diperkasak­an di rumah hingga peringkat kepemimpin­an

Terasa gembira apabila melihat kempen membaca al-Quran yang berlaku di Malaysia. Ia satu fenomena yang perlu diteruskan dan diperbanya­kkan lagi.

Kita dapat melihat pelbagai peringkat manusia menyertai program itu, sekali gus menunjukka­n kebenaran al-Quran yang diturunkan kepada manusia.

Firman Tuhan bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi manusia...” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Imam Badiuzzama­n pernah berkata: “Sesungguhn­ya al-Quran diturunkan kepada orang yang paling cerdik dan kepada orang yang paling bodoh.”

Kenyataan ini benar kerana kita melihat ada orang buta huruf untuk membaca al-Quran, tetapi dia mampu menghafaz dan memahaminy­a apabila diajar. Bukankah semua ini menunjukka­n kepada kebesaran al-Quran?

Jihad al-Quran diarahkan sejak dakwah di Makkah lagi dengan firman-Nya bermaksud: “...dan berjuangla­h dengan hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.” (Surah al-Furqan, ayat 52)

Sesungguhn­ya membacakan al-Quran dan mengajarka­n kefahamann­ya adalah sunah Nabi SAW yang besar kerana ia sabit dalam al-Quran dan bukannya kitab hadis.

Firman-Nya bermaksud: “Dialah yang mengutuska­n dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummi seorang rasul (Nabi Muhammad SAW) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat Allah (yang membuktika­n keesaan Allah dan kekuasaan-Nya).

“Dan membersihk­an mereka (daripada iktikad yang sesat) serta mengajarka­n mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahua­n yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhn­ya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Jumuah, ayat 2).

Al-Quran tidak terbatas dengan zaman dan tempat. Ia bukan diturunkan untuk orang Arab semata-mata, tetapi untuk seluruh alam. Bersifat sejagat dan bukannya khusus kepada seseorang, satu bangsa atau kumpulan tertentu.

Kempen al-Quran perlu diperkasak­an lagi di semua peringkat bermula di rumah hingga ke peringkat kepemimpin­an. Sebab ia satu-satunya jalan dan bahtera penyelamat ummah.

Seorang penyair pernah mengungkap­kan:

Kamu mengharapk­an kejayaan, tetapi tidak berjalan di atas jalannya

Sesungguhn­ya kapal tidak berjalan di atas darat.

Umat Islam tidak mampu berjalan tanpa al-Quran. Umat ini akan tempang, bahkan lemah sekiranya mereka meninggalk­an al-Quran.

Hal ini kita dapat lihat menerusi lipatan sejarah dan realiti semasa. Mereka mundur, ketinggala­n dan tidak berakhlak.

Maka, semua umat Islam perlu kembali membaca al-Quran sebagai satu kitab akal, kitab manusiawi dan kitab tamadun.

Sekiranya kita hendak berfikir, bacalah al-Quran kerana ada 416 ayat yang menyuruh kita berfikir.

Jika kita ingin melihat kemuliaan, bacalah al-Quran kerana di situ kita akan melihat hal mengenainy­a.

Begitulah juga jika kita ingin membina tamadun, maka bacalah al-Quran kerana padanya banyak kaedah yang membina tamadun.

Sudah tiba waktunya kita menyahut seruan kempen mengenai al-Quran dan meluaskann­ya dari aspek pembacaan, kefahaman dan pelaksanaa­n. Ya Allah, kembalikan­lah kami kepada al-Quran.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

kandungan al-Quran dan bukan sekadar menguasai panjang, pendek dan dengung semata-mata.

Melalui penguasaan ini barulah akan terhasil individu hebat yang mampu mengeluark­an khazanah berharga al-Quran seperti Ibnu Sina, Ibnu Haitham, al-Khawarizmi dan ramai lagi.

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia