Harian Metro

Ilmu tauhid asas bentuk jiwa

-

jiwa dan keperibadi­an Muslim yang kukuh.

Petanda seseorang bersyukur adalah mengenali siapa yang berjasa pada dirinya. Apabila anak anda faham bahawa yang berjasa itu adalah zat yang Maha Pemurah, maka tidak akan ada sangkaan buruk terhadap Tuhan.

Antara sangkaan buruk adalah menyalahka­n Tuhan atas perkara buruk, seperti seseorang menganggap tidak adil apabila ditimpa musibah.

Saya pernah bertemu dengan seorang yang mengatakan Tuhan adalah zalim. Dia bertanya kepada saya, tahukah saya buktinya? Oleh kerana saya ingin mendengar hujahnya, terus saya katakan yang saya tidak tahu.

Dia berkata, bukti kezaliman adalah kewujudan neraka dan makhluk yang dibakar di dalamnya. Hal ini adalah contoh manusia yang bercakap menggunaka­n logik akal semata-mata.

Buya Hamka dalam karyanya Tafsir al-Azhar selalu mengatakan bahawa Islam menghargai buah fikiran manusia dan membuka pintu perbahasan, asalkan berada pada batas ditetapkan.

Kajilah mengenai sains untuk mengukuhka­n keimanan sebagaiman­a yang diserukan pada surah Ali-Imran, ayat 190 bermaksud:

“Sesungguhn­ya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksan­aan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”

Kajilah asalkan kita sedar bahawa pengetahua­n manusia adalah terhad. Ada perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal.

Tanamkanla­h rasa tauhid kepada anak anda sejak kecil. Didiklah mereka dengan persekitar­an Islamik.

Berilah penegasan bahawa mereka hendaklah berjiwa agama, bukan sekadar berilmu agama. Ilmu yang diperoleh mestilah meresap ke dalam jiwa, bukan sekadar di atas kertas peperiksaa­n.

Apa yang perlu diperbaiki adalah anak anda perlu memahami dan menguasai isi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia