Harian Metro

Rakyat Malaysia terkesan kos tambahan

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Kerajaan Arab Saudi kuat kuasa kadar visa baru 1 Oktober depan

“Kenaikan memang membebanka­n kami tambahan untuk rakyat Malaysia yang masih menggunaka­n Visa Perniagaan yang memerlukan ia diperbahar­ui setiap enam bulan sekali.”

Demikian reaksi seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Makkah, Amera Sabrena Ahmad Sobri berhubung keputusan Kerajaan Arab Saudi menaikkan kadar visa bagi pelancong yang melawat ke negara berkenaan.

Keputusan itu dibuat Arab Saudi awal Ogos lalu dan ia dikuatkuas­akan menjelang 1 Oktober depan termasuk kepada jemaah haji, umrah dan pelancong yang menggunaka­n visa ke negara berkenaan.

Amera Sabrena berkata, kebanyakan ekspatriat di Makkah mempunyai pemastauti­n Arab Saudi, namun terdapat juga rakyat Malaysia yang masih menggunaka­n visa perniagaan

itu dan perlu memperbaha­rui setiap enam bulan.

“Sebelum ini, kos memperbaha­rui visa untuk keluarga saya dalam lingkungan RM1,200 saja namun pada masa depan, kos itu meningkat naik berkali ganda.

“Langkah kerajaan Arab Saudi menaikkan visa ini sebenarnya membebanka­n golongan seperti kami. Kadar kenaikan juga tinggi dan kami perlu menanggung kos besar.

“Kos ini juga sangat terbeban buat syarikat luar yang berada di Makkah. Jika pekerja, mereka akan tanggung kos itu, namun bagi yang membawa keluarga, kos itu ditanggung sendiri,” katanya kepada Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah kenaikan visa itu juga turut membabitka­n bagi jemaah umrah serta haji yang melakukan ibadah berkenaan untuk kali kedua memandangk­an kerajaan Arab Saudi memberikan pelepasan bagi jemaah yang pertama kali melakukan ibadah itu.

Notis kadar baharu visa itu viral di laman sosial membabitka­n semua jenis pas pelancong termasuk mengerjaka­n ibadah haji serta umrah buat jemaah kali kedua.

Dalam notis itu, kadar baharu visa haji dan umrah naik kepada RM2,200 (Saudi Riyal (SR2,000) bagi jemaah yang kali kedua mengerjaka­n ibadah berkenaan sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n berhubung kenaikan kadar kos yang terpaksa ditanggung jemaah kelak.

Untuk visa pelawat selain tujuan umrah dan haji, kadar baharu untuk tempoh enam bulan naik kepada RM3,300 (SR3,000), visa setahun RM5,500 (SR5,000) dan visa dua tahun kepada RM8,800 (SR8,000).

Notis pengumuman itu dikeluarka­n Kedutaan Arab Saudi di Singapura yang bertarikh 20 September turut menyenarai­kan kenaikan visa untuk pelancong biasa yang melawat negara itu dengan caj sebanyak RM220 (SR200).

Sementara itu, jurucakap Persatuan Agensi-Agensi Pelanconga­n dan Pengembara­an Bumiputera Malaysia (BUMITRA) berkata, pihaknya masih belum mendapat gambaran jelas berhubung kadar visa baharu itu.

“Setakat ini, kita tidak mahu komen lanjut lagi. Kita (BUMITRA) akan mendapatka­n gambaran jelas berhubung isu ini dalam masa terdekat termasuk mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Arab Saudi di Jeddah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia