Harian Metro

Pindah mayat

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

„ Jasad diangkut dalam Proton Perdana

Abdul Hanis berkata demikian dalam pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan pada perbicaraa­n kes bunuh Kevin Morais, masuk hari ke-23 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, semalam.

MUHAMMAD IZZAT: Boleh kamu ceritakan, berapa kali kamu menemu bual Ravi Chandaran?

ABDUL HANIS: Lebih daripada dua kali.

MUHAMMAD IZZAT: Berapa maklumat yang diterima?

ABDUL HANIS: Tiga. Maklumat pertama dan kedua diterima pada 15 September 2015 manakala maklumat ketiga pada keesokanny­a.

MUHAMMAD IZZAT: Apakah maklumat pertama yang diterima daripada Ravi Chandaran?

ABDUL HANIS: Tertuduh mendedahka­n dia pergi ke Kuala Lumpur menaiki Mitsubishi Triton untuk melanggar kereta Perdana.

MUHAMMAD IZZAT: Apakah perkataan yang diucapkan oleh Ravi Chandaran?

ABDUL HANIS: Dia berkata ‘tuan, saya pergi ke KL naik itu Triton warna hitam bersama saya punya budak dengan kereta itu saya langgar kereta Perdana di Jalan Segambut’.

MUHAMMAD IZZAT: Bagaimana pula dengan maklumat kedua?

ABDUL HANIS:

Ravi Chandaran beritahu, ‘itu grinder (mesin pencanai) dan itu barang-barang Kevin saya campak di Sungai Kuala Selangor. Grinder (mesin pencanai) saya guna untuk potong nombor casis dan nombor enjin Proton Perdana sebelum dibakar’.

MUHAMMAD IZZAT: Selain itu, apa maklumat ketiga diberitahu Ravi Chandaran?

ABDUL HANIS: Dia beritahu, ‘tuan ada lagi satu kereta Perdana yang saya guna untuk pindah mayat Kevin pada hari tersebut iaitu kereta Perdana warna perak dan hijau dengan nombor plat WHS 9771’.

Sementara itu, ketika disoal mengenai kereta Perdana yang dirampas di Taman Desa Aman pada 21 September tahun lalu itu, Abdul Hanis berkata, dia dan beberapa anggota pasukan pergi ke lokasi kereta berkenaan untuk mengambil kenderaan berkenaan.

“Apabila tiba di situ, rumah tidak berpenghun­i dan saya kemudian mengarahka­n anggota bertugas untuk membuka pintu pagar bagi mengeluark­an kenderaan itu selain menggunaka­n trak penunda untuk mengalihka­n sebuah kereta lain yang menghalang kereta Perdana itu.

“Selepas kereta dialihkan, pasukan kami menggunaka­n wayar yang disambung ke ‘starter’ untuk menghidupk­an enjin kereta itu untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, enam lelaki, G Gunasekara­n, 48, R Dinishwara­n, 24, A K Thinesh Kumar, 23, M Vishwanath, 26, S Nimalan, 23, dan Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin antara jam 7 pagi hingga 8 malam, 4 September 2015 di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seorang lagi tertuduh, R Kunaseegar­an, 53, yang juga pakar patologi tentera mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin di tempat, tarikh dan masa sama yang dibicaraka­n mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 302 akta sama.

Perbicaraa­n bersambung hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia