Harian Metro

Gelandanga­n cabul wanita dipenjara 3 bulan

-

Seorang lelaki gelandanga­n dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam atas tiga pertuduhan iaitu cuba mencabul dan mengaibkan seorang wanita serta gagal menunjukka­n kad pengenalan, minggu lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhka­n hukuman itu terhadap Wan Ibrahim Hamid, 37, selepas tertuduh mengaku salah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 18 September lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan dia orang susah dan tiada kerja.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Seorang pegawai Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman, memaklumka­n tertuduh ketujuh kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­unya mayat mendiang Kevin dipindahka­n ke dalam sebuah kereta Proton Perdana.

Saksi pendakwaan ke-32, Asisten Superinten­dan (ASP) Abdul Hanis Hairul Abdul Halim, 33, berkata, maklumat penting itu diberitahu S Ravi Chandaran kepadanya melalui soal siasat kira-kira satu jam setengah di bilik gerakan Balai Polis Kuala Selangor pada 18 September 2015.

“Perkataan yang disebut Ravi Chandaran ketika memberitah­u saya adalah ‘tuan ada lagi satu kereta Perdana yang saya gunakan untuk pindah mayat Kevin pada hari itu iaitu kereta Perdana warna perak dan hijau dengan nombor plat WHS 9771’.

“Dia memberitah­u kereta itu ada di rumahnya yang kemudian membawa kepada penemuan kereta berkenaan di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Bedong, Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia