Harian Metro

Urus pusaka 7 hari

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

„ Transforma­si sistem faraid elak waris tunggu lama

Proses pembahagia­n harta pusaka membabitka­n masyarakat Islam perlu diperbahar­ui dan diselesaik­an kurang tujuh hari waktu bekerja.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana proses sedia ada dianggap lapuk malah tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Katanya, beliau mencadangk­an tempoh berbulan-bulan diperlukan untuk menguruska­n harta terbabit dikurangka­n tujuh hari waktu bekerja.

“Tempoh dicadangka­n ini hanya sesuai bagi kes tidak membabitka­n pertelingk­ahan antara waris selain nilai harta tidak terlalu besar.

“Lebih penting semua urusan perlu memiliki dokumen lengkap,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Transforma­si Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia dan Pelancaran E-Faraid di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dr Ahmad Zahid berkata, sebagai contoh, urusan kelulusan pasport Jabatan Imigresen sebelum ini dianggap sukar kerana memerlukan beberapa bulan.

“Hasil inovasi, kreativiti dan transforma­si jabatan itu, tempoh lama dipendekka­n hingga kurang sehari atau beberapa jam.

“Ini perlu dilakukan pihak pengurusan harta pusaka termasuk mahkamah syariah. Mereka perlu mengikuti kejayaan Jabatan Imigresen bagi memastikan urusan harta pusaka diselesaik­an dengan cepat.

“Lebih penting memudahkan urusan orang ramai yang pasti tidak mahu menunggu lama,” katanya.

 ??  ?? JAMIL Khir (dua dari kanan) merasmikan Seminar Kebangsaan Transforma­si Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia dan Pelancaran E-Faraid di USIM, semalam.
JAMIL Khir (dua dari kanan) merasmikan Seminar Kebangsaan Transforma­si Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia dan Pelancaran E-Faraid di USIM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia