Harian Metro

Sistem e-Faraid terbaik di dunia

-

Nilai: Sistem e-Faraid yang diwujudkan di negara ini dan pertama di dunia dianggap terbaik kerana memudahkan proses pengurusan harta pusaka dalam tempoh singkat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem dilaksanak­an di Mahkamah Syariah itu inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Bit Group.

Katanya, sistem itu dibina pada tahun ini dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam menerusi dua kompenen iaitu k-Faraid dan e-Faraid.

“Modul k-Faraid pembelajar­an disiplin secara interaktif seperti ilmu faraid, hukum, susunan waris dan kiraan faraid kepada orang ramai secara atas talian.

“Manakala, e-Faraid pula sistem sokongan kepada hakim dan pegawai Mahkamah Syariah dalam pengurusan dan pengendali­an kes faraid secara dalam talian,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Transforma­si Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia dan Pelancaran E-Faraid di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pengarah JKSM Tan Sri Dr Ibrahim Lembut dan Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr Musa Ahmad.

Jamil Khir berkata, sebelum e-Faraid diwujudkan, proses pengurusan harta pusaka di Mahkamah Syariah memerlukan tempoh antara tiga bulan hingga setahun menyebabka­n banyak kes tertunggak.

Katanya, sistem berteknolo­gi baru itu memudahkan masyarakat Islam berkaitan pembahagia­n harta pusaka kerana boleh dilakukan dalam tempoh satu jam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia