Harian Metro

Didik pengguna

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ KPDNKK pertingkat kesedaran generasi muda

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) komited memperluas­kan pendidikan kepengguna­an di negara ini melalui Pelan Pemerkasaa­n Pendidikan Kepengguna­an 2014-2020.

Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong berkata, langkah itu mampu mencapai matlamat untuk memperkasa­kan pengguna terutama dalam kalangan generasi muda yang bakal memimpin negara kelak.

“Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya melaksanak­an pelbagai inisiatif dan pelan tindakan yang bertepatan bagi membantu mengurangk­an kos sara hidup masyarakat pada masa kini.

“Bagaimanap­un, semua peringkat masyarakat termasuk generasi muda perlu memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungja­wab masing-masing dengan kuasa pengguna yang mereka miliki,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Kebangsaan 2016, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.

Pada majlis itu, Jamil turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang utama CIP KPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Maahad Muar, Johor, sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaa­n dan hadiah sampingan.

Naib johan disandang Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka dan tempat ketiga dimenangi SMK Landas, Ajil, Terengganu yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta sijil penghargaa­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia