Harian Metro

Janji temu pasangan syabu

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

Seorang wanita sanggup menipu keluargany­a dan datang ke negeri ini dari Shah Alam, Selangor semata-mata untuk bertemu kekasihnya sebelum mereka ditangkap dalam serbuan dilakukan pegawai penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Utara (SPU), semalam.

Wanita berusia 19 tahun itu ditangkap bersama pasanganny­a berusia 28 tahun di sebuah rumah di Kampung Bakau Tua, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam dan didapati positif syabu.

Difahamkan, kedua-dua mereka berkenalan melalui laman sembang WeChat sejak tiga bulan lalu dan sudah beberapa kali berjumpa.

Ketika ditanya, wanita berkenaan mengaku mengambil syabu bersama kekasihnya dan kali terakhir petang kelmarin.

Malah, suspek juga memberitah­u sudah seminggu berada di rumah kekasihnya tanpa pengetahua­n keluarga.

Ketua Pegawai AADK SPU Mohd Said Hasim berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan pasangan berkenaan.

Beliau berkata, ketika intipan,

„ Remaja dari Shah Alam tipu keluarga untuk jumpa kekasih

pasangan itu dilihat dalam keadaan mencurigak­an sebelum menyerbu rumah berkenaan.

“Ketika diserbu, wanita berkenaan berpura-pura tidur dalam bilik manakala pasanganny­a bersembuny­i dalam bilik air,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menghubung­i bapa wanita berkenaan yang terkejut kerana anaknya sebelum ini memberitah­u mahu ke rumah ibu saudaranya di negeri ini.

 ??  ?? PENGUAT kuasa AADK menahan lelaki dan pasanganny­a di Kampung Bakau Tua, Penaga, semalam.
PENGUAT kuasa AADK menahan lelaki dan pasanganny­a di Kampung Bakau Tua, Penaga, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia