Harian Metro

Tukang jahit rugi RM3,000

-

Sungai Petani: Seorang tukang jahit telekung dan tudung mendakwa kerugian hampir RM3,000 akibat banjir kilat yang melanda Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai dekat sini, akibat fenomena air pasang besar sejak Sabtu lalu.

Norizah Zakaria, 51, ibu tunggal tiga anak itu berkata, berikutan fenomena itu, dia terpaksa menolak beberapa tempahan selain banyak barangan jahitannya rosak terkena air banjir dan selut.

Menurutnya, dia juga terpaksa menghentik­an sementara operasi perniagaan­nya selain menangguhk­an menerima tempahan baru memandangk­an dia menjalanka­n perniagaan di rumah dengan ruang jahitan tidak dapat digunakan akibat digenangi air.

“Air memasuki rumah sejak tengah malam Sabtu lalu melalui dapur dan naik mendadak hingga ke bahagian tengah rumah menyebabka­n pelbagai barangan termasuk barangan jahitan gagal diselamatk­an,” katanya ketika ditemui membersihk­an rumahnya, kelmarin.

Seorang warga emas yang lumpuh Che Yah Rejab, 90, berkata, dia bimbang kejadian sama berulang memandangk­an dia tinggal bersama anak sulungnya yang juga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), Che Bah Sood, 64.

“Pada malam itu (Sabtu), saya yang tidur atas lantai beralaskan tilam hanya menyedari air masuk ke dalam rumah selepas tilam basah dan badan terasa sejuk lalu mengejutka­n anak yang tidur di sebelah untuk meminta pertolonga­n.

“Sejak itu, saya tidak dapat tidur lena kerana bimbang banjir akan berulang,” katanya ditemui di sini.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan kira-kira 200 penduduk membabitka­n 43 keluarga di kampung itu terjejas akibat banjir yang melanda sejak Sabtu.

 ??  ?? NORIZAH (kiri) membersihk­an rumah sambil dibantu adiknya selepas rumahnya dilanda banjir.
NORIZAH (kiri) membersihk­an rumah sambil dibantu adiknya selepas rumahnya dilanda banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia