Harian Metro

Ahli keluarga tak putus harapan Budak menjerit pondok berasap

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Maran: Walaupun sudah dua bulan kes penculikan lima anak kapal tunda Serudong 3 oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di kawasan perairan Dent Heaven, Lahad Datu, Sabah, belum menemui sebarang berita, ahli keluarga mangsa masih tidak putus harap dan sentiasa mendoakan keselamata­n mereka.

Mohd Raisudin Ismail, 30, berkata, keluargany­a sentiasa menunggu berita mengenai abang sulungnya, Mohd Ridzuan, 32, menerusi media massa.

Mohd Ridzuan antara lima anak kapal berkenaan yang diculik selain Abd Rahim Summas, 62, dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat, Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Dalam kejadian pada 18 Julai lalu, kapal tunda yang dinaiki Mohd Ridzuan bersama empat anak kapal lain ditemui terkandas di kawasan beting pasir oleh pasukan keselamata­n dalam keadaan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak sebelum usaha mengesan digerakkan serta-merta.

Katanya, dia mengharapk­an yang terbaik dilakukan pasukan keselamata­n negara bagi mengesan dan membawa balik abangnya ke pangkuan keluarga.

“Hampir setiap hari saya tidak ketinggala­n menonton berita di televisyen atau membaca akhbar bagi mendapatka­n perkembang­an mengenai kes abang.

“Namun, saya masih tidak mendapat sebarang maklumat mengenainy­a biarpun hampir dua bulan kes berlaku.

“Pihak berkuasa juga masih belum memaklumka­n perkembang­an kes abang. Bagaimanap­un, saya berharap abang sentiasa dalam keadaan selamat dan segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, dia juga kerap berhubung dengan keluarga mentua abangnya di Sabah untuk bertanya mengenai perkembang­an kes itu.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghubung­i keluarga mentua abang untuk mendapatka­n perkembang­an kes dari pihak sana (pihak berkuasa Sabah).

“Saya juga berhubung dengan mereka bagi bertanya khabar kakak ipar (Hariyanti Hamsih, 31) dan anak saudara yang masih kecil,” katanya.

Mohd Raisudin berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat meningkatk­an lagi usaha bagi menyelamat­kan abang serta anak kapal berkenaan.

“Sekelip mata saja kawasan ini berasap dan kemudian terdengar kanak-kanak menjerit,” kata Wan Harun Wan Mustapha, 67, menceritak­an mengenai kebakaran yang berlaku di Maahad Tahfiz Daril Naim, Padang Kala, Melor, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian jam 1.05 tengah hari, dia membaiki reban ayam di rumahnya yang terletak kira-kira 10 meter dari lokasi kebakaran.

Katanya, disebabkan terlalu asyik membaiki reban itu, dia tidak menyedari berlaku kebakaran sehinggala­h merasa kelilingny­a dipenuhi asap dan mendengar jeritan api.

“Ketika itu, saya lihat pondok dekat maahad itu sudah terbakar dan tidak lama kemudian pasukan bomba dan penyelamat tiba untuk memadam kebakaran.

“Pondok itu memang sudah lama kosong selepas pemiliknya mewakafkan kediaman berkenaan untuk mereka yang singgah untuk menuntut ilmu atau lain-lain keperluan.

“Mujur tiada sesiapa ketika api marak kerana saya difahamkan ada pekerja pembinaan yang menumpang teduh di rumah itu untuk bermalam selama beberapa hari,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Sementara itu, penduduk yang tinggal berdekatan pondok berkenaan, Che Hussin Harun, 74, berkata, awalnya dia menyangka ada kanak-kanak bermain mercun selepas mendengar bunyi seperti bahan letupan.

“Kedudukan pondok dan rumah di sini, dekat, jadi risau apabila ada kebakaran. Mujur ada penduduk yang menghubung­i pasukan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Hussin Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 1.11 tengah hari.

“Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh dan Tunjong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kami tidak menolak kemungkina­n sistem pendawaian yang lama penyumbang kejadian ini,” katanya.

„ Kediaman kosong tidak berpenghun­i ketika kebakaran

 ??  ?? API marak memusnahka­n pondok wakaf, semalam.
API marak memusnahka­n pondok wakaf, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia