Harian Metro

Adik tawar ganjaran

-

sa sama ada hidup atau mati.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Rozali Mohd Said berkata, adik perempuan mangsa, Leticia yang tiba dari Brazil, semalam mengedarka­n risalah kepada orang ramai se- lain turut meminta bantuan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang untuk menyebarka­n maklumat berkenaan.

Menurutnya, ganjaran itu berbentuk wang tunai namun jumlahnya tidak diberitahu ahli keluarga mangsa.

Sementara itu, Leticia yang dihubungi berkata, dia masih buntu dan berharap abangnya ditemui sama ada hidup atau mati.

“Jika abang meninggal dunia, saya berharap jasadnya ditemui dan hingga kini saya sendiri tidak mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

“Orang ramai yang menemuinya

„ Ahli keluarga mahu beri wang jika abang ditemui sama ada hidup atau mati

sama ada masih hidup atau meninggal dunia boleh menghubung­i talian 013-2344378 atau 019-2853906.

“Saya tidak mahu mendedahka­n nilai ganjaran diberikan dan hanya akan diketahui selepas abang saya ditemui,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi Jumaat lalu, sebuah bot mewah milik warga Perancis rosak dan terbakar di perairan Muka Head ketika bot berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi ke Singapura.

Tiga mangsa diselamatk­an nelayan tempatan manakala seorang daripada penumpang bot berkenaan hilang dan masih gagal dikesan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia