Harian Metro

‘Tiada dayaku, kawan...’

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

„ Pelajar tanggal jaket keselamata­n, perbetul seluar lemas ketika berkayak

Dia juga tidak mahir berenang namun seorang remaja berusia 13 tahun nekad terjun ke dalam sungai di Kampung Gu Demit, Kubang Kerian, di sini, demi menyelamat­kan rakan baiknya daripada hanyut dibawa arus.

Bagaimanap­un, keupayaan Shahrul Daniel Shahruddin sangat terhad ketika itu dan akhirnya dia terpaksa membiarkan rakan baiknya, Nik Hafizan Nik Kamaruddin, 13, terkapai-kapai sebelum hilang di depan matanya sendiri.

Masih trauma dan sedih dengan apa yang berlaku, Shahrul Daniel mengakui masih terkenang lambaian Nik Hafizan yang meminta diselamatk­an.

Katanya, kejadian itu berlaku jam 5.30 petang kelmarin ketika mereka bersama lima lagi rakan sekelas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2, di sini, ke sungai berkenaan untuk berkayak.

“Saya satu kayak dengan arwah dan seorang lagi rakan kami iaitu Danial Harif Haikal, 13, manakala empat lagi rakan kami menggunaka­n dua kayak berlainan.

“Arwah duduk di belakang, saya di tengah dan Danial Harif di depan. Kami memang tidak mempunyai masalah berkayak apatah lagi sebelum ini pernah melakukan aktiviti ini bersama-sama.

“Cuma ketika menghampir­i tebing, kami bercadang mandi sungai tetapi 20 meter sebelum sampai tebing, arwah tiba-tiba terjatuh selepas membetulka­n seluar yang dipakainya.

“Sebelum itu dia membuang jaket keselamata­n kerana memberitah­u susah nak bernafas. Melihat dia terjatuh dan terkapai-kapai, saya jadi panik dan terus terjun (dengan masih memakai jaket) untuk selamatkan dia.

“Memang dalam fikiran nak selamatkan dia saja, tetapi arus sungai yang deras dan kelibatnya juga semakin hilang menyukarka­n saya. Sedihnya saya, hanya Tuhan saja yang tahu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pelajar tingkatan satu itu memberitah­u, dalam masa sama, terdapat sebuah bot dinaiki dua lelaki yang sedang memancing cuba menyelamat­kan Nik Hafizan, tetapi gagal.

“Sejurus kejadian, saya bersama rakan lain segera menghubung­i ayah Nik Hafizan untuk memaklumka­n insiden itu dan menunggu mereka untuk mencari dan menyelamat­kan arwah sebelum ditemui pada 11.15 malam.

“Sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Ketika di sekolah, arwah yang beriya-iya mengajak kami berkayak, malangnya dia pergi meninggalk­an kami,” katanya.

 ??  ?? JENAZAH Nik Hafizan dibawa ke tanah perkuburan selepas lemas ketika berkayak di sungai Kampung Gu Demit, Kubang Kerian. Arwah tiba-tiba terjatuh selepas membetulka­n seluar yang dipakainya”
JENAZAH Nik Hafizan dibawa ke tanah perkuburan selepas lemas ketika berkayak di sungai Kampung Gu Demit, Kubang Kerian. Arwah tiba-tiba terjatuh selepas membetulka­n seluar yang dipakainya”
 ??  ?? ARWAH
Nik Hafizan
ARWAH Nik Hafizan
 ??  ??
 ??  ?? LOKASI mangsa yang lemas ketika berkayak.
LOKASI mangsa yang lemas ketika berkayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia