Harian Metro

Jasad dijejaki kurang enam jam

-

Kota Bharu: “Dia seorang periang dan banyak bercakap di rumah tetapi sebulan sebelum kejadian, arwah lebih banyak mendiamkan diri. “Saya tak tahu kenapa dia berubah sikap, tetapi tanda tanya itu akhirnya terjawab dengan kejadian ini,” kata Munirah Mustapa, 40, ibu kepada Nik Hafizan Nik Kamarudin, 13, yang lemas apabila terjatuh ketika berkayak di sungai dekat Kampung Gu Demit, Kubang kerian, di sini.

Kejadian berlaku jam 5.30 petang kelmarin ketika pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2 berkenaan ke sungai itu bersama dengan enam rakannya untuk berkayak.

Munirah berkata, ia bukan kali pertama anak bongsu daripada empat beradik itu bermain kayak kerana sebelum ini sudah mencubanya dengan sungai sama.

“Sungai ini dekat dengan rumah kami di Kampung Pulau Raja. Selepas pulang sekolah, arwah memang beritahu mahu bermain kayak di sana dan keluar rumah pada jam 5 petang.

“Disebabkan lokasinya dekat (belakang rumah), dia hanya berjalan saja ke kem bina semangat di situ.

“Malangnya, setengah jam selepas arwah keluar, kami dimaklumka­n kejadian berkenaan dan suami saya,

Nik Kamarudin Raja Salleh, 52, segera ke sana untuk mencarinya.

“Dengan bantuan penduduk kampung, mereka menggunaka­n bot menyusuri sungai ke tempat dia terjatuh dan dalam masa sama menghubung­i bomba,” katanya.

Menurutnya, dia sangat bersyukur jasad anak kesayangan­nya ditemui segera dalam tempoh kurang enam jam.

Jenazah Nik Hafizan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Raja jam 12 tengah hari, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, mayat Nik Hafizan ditemui di dasar sungai itu 30 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia