Harian Metro

MAB beli enjin LEAP-1B bernilai RM2.6b

-

Putrajaya: Malaysia Airlines Berhad (MAB) memuktamad­kan pembelian enjin LEAP-1B dikeluarka­n anak syarikat General Electric (GE), CFM Internatio­nal (CFM) bernilai lebih RM2.6 bilion (AS$630 juta) pada harga semasa.

Enjin berkenaan akan digunakan pada 25 pesawat Boeing 737 MAX dan ia dijadualka­n dihantar mulai 2020.

Majlis menandatan­gani perjanjian pembelian disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAB Peter Bellew berkata, pihaknya gembira dengan prestasi enjin CFM56-7B yang digunakan sebelum ini.

“Kami percaya enjin baharu LEAP akan membawa pengalaman operasi lebih ekonomi dari segi kecekapan penggunaan bahan api,” katanya.

Perjanjian ditandatan­gani Peter manakala CFM diwakili Pengurus Besar Jualan Asia Pacific Chris Drewer.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Pengerusi merangkap CEO GE, Jeff Immelt.

Enjin generasi baru LEAP mempunyai pelbagai kelebihan termasuk lebih aerodinami­k dan mampu menjimatka­n bahan api sebanyak 15 peratus.

Malah, ia turut menyumbang kepada penguranga­n pembebasan karbon dioksida kepada ruang angkasa, selain kos penyelengg­araan rendah.

Selain itu, MAB turut mendapat hak pembelian tambahan 25 pesawat Boeing 737 dikuasakan enjin LEAP-1B.

Pada masa sama, MAB turut menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) dengan General Electrics Internatio­nal Inc (Malaysia) untuk bekerjasam­a dalam bidang pembanguna­n kepemimpin­an dan penambahba­ikan berterusan bagi menyokong pertumbuha­n MAB menggunaka­n peralatan dan prosedur latihan GE.

Perjanjian ditandatan­gani Presiden dan CEO GE ASEAN Wouter Van Wersch.

Selaras dengan pelan transforma­si dan penstruktu­ran semula MAB yang sedang dilaksanak­an ketika ini, GE akan bekerjasam­a dengan MAB untuk menyokong keperluan pembanguna­n kepimpinan dalam kalangan kumpulan syarikat berkenaan.

 ??  ?? NAJIB bersama Immelt (berdiri dua dari kanan) menyaksika­n perjanjian di antara GE dengan MAB, semalam.
NAJIB bersama Immelt (berdiri dua dari kanan) menyaksika­n perjanjian di antara GE dengan MAB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia