Harian Metro

Cari dalang bawa masuk PATI ke Tawau

-

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci bagi mengenal pasti dalang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ke Tawau dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit rasuah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamata­n rakyat di Sabah terjamin, sekali gus memastikan pihak berkuasa menjalanka­n tugas diamanahka­n sebaik mungkin.

“Saya harap pihak berkuasa siasat perkara ini dan jika ia benar, tindakan harus diambil kerana harapkan pagar, pagar makan padi. Mereka (pihak berkuasa) patut tentukan keselamata­n kita.

“Pada saya ia kena atasi untuk rakyat Sabah (kerana saya) yakin keselamata­n itu keutamaan kita supaya rasa selesa. Kalau tuduhan itu betul ia adalah perkara serius, saya harap tindakan diambil,” katanya selepas merasmikan KL Converge! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Sebelum ini, tersebar video hasil rakaman media asing berdurasi 11 minit yang mendedahka­n secara terperinci bagaimana PATI mendarat ke Tawau dengan mudah termasuk memberikan rasuah RM50 hingga RM1,000 kepada pihak berkuasa negara ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu termasuk anggotanya bagi membantu siasatan dakwaan berlaku sogokan dan pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

 ??  ??
 ??  ?? AZIZAH menunjukka­n gambar ayahnya, Mohd Rapini.
AZIZAH menunjukka­n gambar ayahnya, Mohd Rapini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia