Harian Metro

Pergi kenduri tak balik-balik

- Rafidah Mat Ruzki

„ Pesara guru hilang di Meru dijumpai di Melaka

“Kami bersyukur selepas ayah ditemui selamat di Alor Gajah, Melaka petang tadi (semalam,” kata anak kepada pesara guru agama, Mohd Rapini @ Ahmad Rafie Daros, 76, yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Kenanga, Meru, dekat sini, Selasa lalu.

Azizullah, 38, berkata, mereka sekeluarga tidak mengetahui bagaimana bapanya boleh sampai ke Melaka.

“Buat masa ini kami tidak tahu apa yang berlaku dan bagaimana ayah boleh sampai ke sana (Alor Gajah),” katanya yang dihubungi, semalam.

Kehilangan Mohd Rapini menjadi viral selepas disebarkan keluarga melalui aplikasi WhatsApp tengah hari semalam.

Terdahulu, anak sulung mangsa, Azizah, 42, ketika ditemui di rumah keluarga itu di Jalan Kenanga, Meru berkata, bapanya menghidap barah usus tahap empat, lelah dan masalah buah pinggang.

Katanya, bapanya tidak membawa ubat-ubatan ketika keluar rumah untuk ke majlis kenduri di Batu Belah, Klang.

“Kenduri kahwin itu sebenarnya berlangsun­g Ahad lalu, tetapi bapa saya tersilap. Ketika keluar, seperti kebiasaann­ya, bapa saya menampal nota memaklumka­n ke mana dia pergi.

“Kehilangan ayah disedari selepas adik, Azimullah, 36, pergi ke rumahnya pada waktu Maghrib, namun kediaman itu gelap.

“Kali terakhir jiran kami ternampak ayah keluar rumah jam 4.30 petang, Selasa lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz berkata, warga emas itu ditemui dua wanita di Taman Seri Bayu.

“Berdasarka­n temubual dengan mangsa, percakapan­nya didapati tidak konsisten dan polis menghubung­i ahli keluarga berdasarka­n laporan kehilangan di Meru, Klang pada 21 September, jam 1.52 pagi oleh anak sulungnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia