Harian Metro

4 ‘Geng Sema’ ditahan

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ Lelaki menyamar polis jadikan warga asing sasaran samun

Kegiatan empat lelaki menyamun warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis berakhir apabila mereka ditahan di Jalan Bendahara, Klang, pada 15 September lalu.

Kumpulan yang menggelar diri mereka ‘Geng Sema’ itu ditahan selepas beberapa jam melakukan jenayah menggunaka­n kereta sewa dan menjadikan warga asing sebagai sasaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, polis berjaya menjejaki kereta sewa penjenayah itu berdasarka­n sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang syarikat kenderaan sewa berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek berusia 23 hingga 38 tahun itu ditahan selepas seorang saksi membuat laporan kejadian samun membabitka­n warga Bangladesh di sebuah perhentian bas di Lebuhraya Persekutua­n.

“Dalam kejadian itu, mangsa didatangi seorang lelaki yang mendakwa anggota polis sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah Perodua Viva pada jam 11.30 pagi.

“Saksi sempat mencatat nombor pendaftara­n kenderaan berkenaan dan menghubung­i melaporkan kepada polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Shafien berkata, suspek mengulangi modus operandi sama dengan menyamun seorang lagi warga asing yang menunggu bas di tempat sama pada jam 1 petang.

Menurutnya, suspek bertindak meninggalk­an mangsa di tepi jalan selepas mendapatka­n barangan berharga sebelum mengulangi perkara sama.

 ??  ?? SHAFIEN (dua dari kiri) menunjukka­n barangan samun yang dirampas.
SHAFIEN (dua dari kiri) menunjukka­n barangan samun yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia