Harian Metro

Mayat lebam, tangan dikelar belakang kedai

-

Klang: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan lebam di muka dan kelaran di tangan di belakang deretan premis perniagaan di Jalan Sanggul, Bandar Puteri, pagi semalam.

Mangsa warga tempatan itu ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri keadaan terbaring dan memakai kemeja biru serta berseluar jeans oleh polis pada jam 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, tangan serta badan dipercayai dipukul menggunaka­n pelbagai senjata tajam dan tumpul.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh di lokasi berasingan dalam tempoh 24 jam lalu kerana tiada unsur pergelutan di kawasan itu selain dia tidak memakai kasut.

“Mayat diletakkan di belakang premis berkenaan selepas dibunuh di lokasi lain. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke balai polis berhampira­n untuk memberikan keterangan,” katanya. Seperti dijangkaka­n, kumpulan mahasiswa proaspiras­i terus menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di dua universiti utama, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) pada Pilihan Raya Kampus sesi 2016/2017, semalam.

Di UKM kumpulan berkenaan membolot 29 kerusi selepas menang tanpa bertanding daripada 31 jumlah kerusi umum dan fakulti yang dipertandi­ngkan manakala baki dua kerusi masing-masing dimenangi calon bebas dan promahasis­wa.

Dengan kemenangan itu, kumpulan proaspiras­i akan membentuk ‘kerajaan’ di universiti berkenaan untuk dua sesi berturut-turut.

Hanya empat kerusi menjalani proses pengundian semalam iaitu Fakulti Perubatan sebanyak dua kerusi manakala Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains

Kesihatan masing-masing satu kerusi.

Berdasarka­n statistik, sebanyak 86.82 peratus mahasiswa menunaikan tanggungja­wab memilih barisan ahli MPP sesi 2016/2017 di seluruh kampus UKM.

 ??  ?? LELAKI (gambar kecil) ditemui mati dalam keadaan terbaring di Jalan Sanggul, Bandar Puteri.
LELAKI (gambar kecil) ditemui mati dalam keadaan terbaring di Jalan Sanggul, Bandar Puteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia