Harian Metro

Dah tak boleh lari

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

„ Polis rampas pelbagai jenis dadah di tiga lokasi

Polis mengesan taktik sindiket pengedaran dadah cuba menggunaka­n teksi untuk mengedar bahan terlarang itu selepas menahan seorang pemandu teksi di Bandar Kinrara, Puchong, petang kelmarin.

Pemandu berusia 42 tahun itu ditahan jam 3.30 petang ketika dia membawa satu kotak dari teksinya ke satu lokasi di situ.

Bagaimanap­un, sejurus polis memperkena­lkan diri, lelaki itu cuba melarikan diri namun ditahan selepas berlaku pergelutan.

Pemeriksaa­n di kotak itu menemui 19,710 pil Eramin 5 bernilai RM295,650.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor Asisten Komisioner Amran Ramli berkata, susulan itu, polis menahan seorang peniaga berusia 43 tahun di Puchong yang dipercayai terbabit dalam sindiket itu.

Beliau berkata, polis turut menyita dua kenderaan dengan anggaran nilai RM117,000 serta wang tunai RM8,000.

“Berdasarka­n siasatan, peniaga itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman sehingga 28 September ini untuk membantu siasatan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Sementara itu, Amran berkata, dalam kes berasingan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor menumpaska­n satu sindiket pengedaran ganja selepas menahan seorang warga asing berusia 41 tahun berhampira­n sebuah Perodua Myvi.

“Pemeriksaa­n di kereta itu menemui 78 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja dianggarka­n bernilai RM235,755 seberat 78,585 gram.

“Siasatan mendapati ganja itu adalah untuk pasaran tempatan dan suspek mendapat bekalan dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia