Harian Metro

PELABURAN SEPARUH PERTAMA RM88.4B

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Malaysia dilihat kekal capai pertumbuha­n stabil walaupun pelaburan langsung diluluskan susut bagi separuh pertama 2016

Pelaburan langsung yang diluluskan dalam sektor perkhidmat­an, pembuatan dan utama bagi separuh pertama 2016 berjumlah RM88.4 bilion menyusut berbanding RM125.9 bilion yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Pelaburan diluluskan pada separuh pertama ini juga membabitka­n 2,499 projek dan dijangka membuka peluang lebih 76,000 pekerjaan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dengan asas yang kukuh, Malaysia dilihat akan kekal mencapai pertumbuha­n yang stabil dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).

“Sebanyak RM28.2 bilion FDI diluluskan pada separuh pertama 2016 dan pelaburan asing yang diluluskan pula mencecah 78.2 peratus atau RM67.5 bilion diikuti sektor pembuatan dengan pelaburan berjumlah RM19.6 bilion atau 22.2 peratus, sementara sektor utama menyumbang pelaburan RM1.3 bilion (1.5 peratus).

“MIDA pula meluluskan 128 pertubuhan perkhidmat­an global dengan pelaburan RM7.3 bilion,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n, di sini, semalam.

Menurutnya, menerusi pembukaan pertubuhan perkhidmat­an global juga akan meningkatk­an permintaan bagi golongan profesiona­l dalam rantaian pengurusan, kewangan, perbendaha­raan, maklumat dan data bagi berkhidmat dalam syarikat antarabang­sa.

Beliau berkata, selain itu jumlah pelaburan diluluskan bagi sub sektor bernilai RM10 bilion iaitu 51 peratus manakala sektor elektrik dan elektronik, produk kimia, peralatan perubatan menyumbang lebih 50 peratus kepada jumlah eksport.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia