Harian Metro

CIMB, AEON BIG perkenal pembiayaan vendor

-

Kuala Lumpur: CIMB Bank Bhd bekerjasam­a dengan AEON BIG (M) Sdn Bhd (AEON BIG) bagi memperkena­lkan program pembiayaan vendor yang memperting­kat pengurusan rantaian bekalan AEON BIG menggunaka­n penyelesai­an pembayaran komersial CIMB.

Baru-baru ini, kedua-dua syarikat menandatan­gani perjanjian program pembiayaan yang juga sebahagian daripada Penyelesai­an Kad Korporat CIMB.

Penyelesai­an pembayaran komersial dalam program itu membolehka­n AEON BIG melalui diskaun pembayaran awal daripada pembekalny­a dengan memendekka­n tempoh pembayaran tunggakan (DPO) daripada 30 hari kepada hanya satu hari.

Ketua Kumpulan Perbankan Korporat CIMB, Lo Nyen Khing berkata, melalui penyelesai­an pembayaran komersial CIMB, ia mencermink­an komitmenny­a membantu korporat memperting­katkan kestabilan rantaian bekalan mereka serta memaksimum­kan kecekapan kos.

Pengarah Urusan AEON BIG Mitsuru Nakata berkata, susulan daripada pasaran global dan domestik yang berkembang dinamik, pelarasan tetap dan tidak menentu dalam operasi AEON BIG penting kepada model perniagaan mereka.

“Oleh kerana tumpuan kami ialah pelanggan, tahap perkhidmat­an kami perlu bergantung pada keupayaan memenuhi permintaan pasaran dengan cekap dan berkesan.

“Dengan penyelesai­an pembayaran komersial CIMB, kami dapat membina hubungan bekerja yang kukuh dengan pembekal, memperkuku­hkan instrastru­ktur perniagaan dan mewujudkan sistem lebih dinamik seterusnya memberi faedah kepada pelanggan kami dalam jangka masa panjang,” katanya.

 ??  ?? LO (tiga kanan) dan Mitsuru pada majlis perjanjian pembiayaan vendor, baru-baru ini.
LO (tiga kanan) dan Mitsuru pada majlis perjanjian pembiayaan vendor, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia