Harian Metro

KAHWIN DALAM TEROWONG

- Agensi

Pasangan pengantin terperangk­ap dalam kesesakan jalanraya tak sempat ke lokasi majlis

Sepasang pengantin yang terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas mengadakan upacara perkahwina­n mereka di dalam terowong semata-mata mahu mereka dirasmikan sebagai suami isteri pada waktu yang bertuah.

Pasangan pengantin itu merancang mengadakan majlis perkahwina­n diikuti jamuan makan pada jam 12 tengah hari yang dianggap waktu bertuah untuk mereka, lapor Huanqiu.

Bagaimanap­un, mereka terperangk­ap di dalam terowong di

Ankang bersama 40 rakan dan saudara-mara disebabkan kemalangan jalan raya.

Sebelum itu, pengantin lelaki terbabit keluar pada jam 5 pagi untuk mengiringi bakal isterinya ke lokasi majlis perkahwina­n.

Pada mulanya mereka menyangka sempat sampai ke tempat berkenaan sebelum jam 12 tengah hari.

Malah, pengantin lelaki terbabit sempat bermain pakau bersama rakan-rakannya di dalam terowong berkenaan.

Namun mereka semakin cemas apabila keadaan masih tidak berubah, sejam kemudian.

Memandangk­an tidak sempat sampai ke tempat dijanjikan, mereka memutuskan mengadakan upacara ringkas di dalam terowong itu dengan disaksikan 40 rakan dan keluarga mereka.

Di beberapa tempat terutama di utara China, pendudukny­a percaya pengantin lelaki dan perempuan yang baru pertama kali berkahwin mesti mengadakan majlis pada waktu tengah hari, manakala bagi mereka yang pernah berkahwin perlu melaksanak­annya pada sebelah petang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAJLIS berkenaan turut dihadiri rakan dan anggota keluarga pasangan pengantin yang juga terperangk­ap dalam terowong itu.
MAJLIS berkenaan turut dihadiri rakan dan anggota keluarga pasangan pengantin yang juga terperangk­ap dalam terowong itu.
 ??  ?? PENGANTIN perempuan berpakaian tradisiona­l bersama suami dan keluargany­a.
PENGANTIN perempuan berpakaian tradisiona­l bersama suami dan keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia