Harian Metro

Jumlah kematian meningkat

- Agensi

Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Jawa Barat meningkat 26 orang sementara usaha menemui 19 mangsa yang hilang dalam keadaan hidup semakin pudar.

Dalam pada itu, bantuan mula tiba di Garut, kawasan yang paling teruk ditimpa bencana itu, tempat 23 orang terbunuh dan 18 lagi hilang selepas hujan lebat dan banjir kilat melanda, kata agensi bencana kebangsaan.

Banjir yang surut melihatkan kemusnahan yang berlaku dengan beberapa rumah runtuh dan kenderaan musnah.

Antara yang mati atau hilang ialah lebih 12 kanak-kanak bawah usia 12 tahun. Sebahagian mayat yang ditemui masih belum dikenali.

Dalam satu kenyataann­ya, ketua agensi bencana, Willem Rampangile­i berkata, pasukan bantuan, termasuk anggota tentera yang dikerah ke Garut masih berusaha mencari mangsa yang hilang, sementara dron digunakan untuk menilai kemusnahan dari udara.

“Makanan dan air minuman amat mencukupi. Masyarakat setempat turut membantu,” kata Willem.

Tempat perlindung­an sementara dan dapur bergerak juga disediakan untuk membantu kira-kira 430 penduduk yang hilang tempat kediaman.

Di Sumedang, pasukan kecemasan masih mencari seorang lagi mangsa yang hilang ekoran tanah runtuh di daerah itu.

Kejadian yang berlaku Selasa lalu meragut tiga nyawa di samping meruntuhka­n beberapa rumah dan sebuah masjid.

26 disahkan mati, 19 hilang dalam bencana di Jawa Barat

 ??  ?? PASUKAN penyelamat membantu menarik sebuah motosikal keluar dari lumpur di sebuah kampung di Garut. - AP
PASUKAN penyelamat membantu menarik sebuah motosikal keluar dari lumpur di sebuah kampung di Garut. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia