Harian Metro

Tinggi tak berhenti

- Agensi

Remaja capai rekod baru apabila ketinggian­nya cecah 238 sentimeter

Remaja paling tinggi di dunia mencatat rekod baru apabila ketinggian­nya mencecah 238 sentimeter (sm).

Lebih menarik lagi, ketinggian­nya tidak akan berhenti setakat itu.

Broc Brown, yang secara rasmi dinobatkan remaja paling tinggi di dunia sebelum melepasi kategori kumpulan 18 tahun dan kebawah, membesar pada kadar 15.24sm setahun.

Jika kadar itu kekal, Brown, 19, dengan mudah akan mengatasi lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen yang setinggi 249sm dalam masa beberapa tahun lagi.

Ibunya, Darci berkata: “Brown setinggi 157sm ketika belajar di tadika. Di sekolah rendah, dia setinggi 183sm dan apabila memasuki sekolah menengah dia sudah lebih 213sm.”

Menurut Darci, anaknya menghidap kecelaruan genetik dan tidak ada apa yang dapat menghalang dia membesar.

Dia disahkan menghidap Sindrom Sotos ketika berusia lima tahun.

Masalah itu dihadapi oleh satu dalam setiap 15,000 orang.

Bersama-sama

dengan sindrom berkenaan, Brown juga berdepan masalah pembelajar­an, sakit jantung dan tulang belakang.

Dia juga dilahirkan dengan satu buah pinggang, menyebabka­n dia tidak boleh mengambil ubat penahan sakit walaupun sering mengalami sakit belakang.

Kesan ekonomi akibat menjadi antara orang paling tinggi di dunia turut menjejaska­n kehidupan keluargany­a.

Semua pakaian dan kasut serta stokin untuk kakinya yang bersaiz 28 perlu ditempah khas.

Walaupun berdepan pelbagai masalah, Brown dan ibunya yakin mereka dapat meredah cabaran masa depan.

“Saya berharap dapat bekerja di kedai peralatan sukan. Saya mahu mempunyai pendapatan sendiri,” kata Brown.

 ??  ?? BROWN (kiri) bersama rakan sebayanya ketika belajar di tadika.
BROWN (kiri) bersama rakan sebayanya ketika belajar di tadika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia