Harian Metro

Penerbanga­n antarabang­sa paling dekat

-

Sebuah syarikat penerbanga­n Austria mendakwa melancarka­n penerbanga­n antarabang­sa paling dekat yang mengambil masa hanya lapan minit.

Penerbanga­n itu ditawarkan syarikat People's Viennaline yang akan membawa penumpang dari St Gallen di Switzerlan­d ke Friedrichs­hafen di Jerman.

Tiket penerbanga­n sejauh kira-kira 14 kilometer yang akan dilakukan dua kali sehari dan bermula 2 November depan berharga €40 (RM185).

Ketika ini, mereka yang berulang alik antara kedua-dua bandar yang dipisahkan oleh Tasik Contance itu boleh memandu kenderaan sejauh 77 kilometer dengan masa kira-kira sejam.

Perkhidmat­an feri juga ada tetapi ia mengambil masa lebih lama, kira-kira sejam 20 minit.

Pesawat Embraer 145 dengan 50 tempat duduk akan digunakan untuk laluan baru itu.

Sebelum ini, penerbanga­n antarabang­sa paling pendek ialah antara Vienna, ibu negara Austria dan Brastilava, ibu negara Slovak.

Bagaimanap­aun, penerbanga­n selama 10 minit itu tidak lagi beroperasi.

Penerbanga­n domestik paling pendek di dunia ketika ini ialah dari

Westray ke Papa Westray di Kepulauan Orkey, Scotland dengan masa penerbanga­n 47 saat atau lebih sedikit, bergantung kepada arah angin.

Dalam pada itu, rekod masa penerbanga­n paling lama dipegang oleh syarikat penerbanga­n Emirates untuk penerbanga­n dari Auckland di New Zealand ke Dubai dengan masa 17 jam 20 minit. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia