Harian Metro

MENTALITI JUARA J

- AFP

ason Day berhati-hati merancang kemunculan semulanya selepas kecederaan belakang yang memaksanya menarik diri daripada Kejohanan BMW bulan ini, namun ia tidak bermakna dia tidak menyasarka­n untuk mengunggul­i Kejohanan Jelajah PGA, hujung minggu ini.

Pemain nombor dua dunia dari Australia itu seorang daripada lima pemain yang tampil pada kejohanan di East Lake di Atlanta, Georgia, dengan peluang untuk meraih bonus playoff Piala FedEx.

Sekalipun dia boleh berakhir sekurang-kurangnya berkongsi tangga ketiga dan masih berpeluang meraih hadiah itu, dia menganggap ia satu misi mesti menang minggu ini.

“Hanya kemenangan menjadi perkiraan,” ujar Day. “Itulah mentaliti yang perlu saya terapkan kerana jika saya menduduki tangga kedua, ia hebat tapi mungkin saya tidak boleh memenangi trofi.

“Jadi, saya perlu hadir dengan mentaliti saya mesti menang.”

Day memikirkan kemenangan mungkin juga boleh membantuny­a memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan, anugerah yang diundi oleh ahli Jelajah yang mana kebanyakan berasakan juara Terbuka AS, Dustin Johnson sudah meraihnya dengan kejayaan pada Kejohanan BMW di

Crooked

Stick.

Kedua-dua pemain itu menang tiga kali musim ini, dengan tiga kejuaraan Johnson termasuk kemenangan sulung kejuaraan utama di Oakmont.

“Jika saya menang empat kali, menang Piala FedEx... saya harap ia membantu saya,” jelas Day.

“Jika kedua-dua kami berkongsi tangga kelima

(pada Kejohanan Jelajah), jelas dia berhak memenangin­ya.

Perkara paling penting bagi saya, saya mesti menang dan jika saya menang, harapnya ia membantu saya merebut anugerah.”

Johnson mengunggul­i kedudukan Piala FedEx dan perebutan bonus AS$10 juta (RM41 juta) sebagai juara.

Dia menang tiga daripada sembilan kejohanan terakhirny­a dan berakhir dalam kelompok 10 teratas bagi tiga Kejohanan Jelajah terakhirny­a - berkongsi tangga ke-10 pada 2012, kelima tahun berikutnya dan berkongsi tangga kelima, lima pukulan di belakang juara Jordan Spieth, tahun lalu.

„ Kecederaan tak lebur semangat Day sasar ungguli Jelajah PGA

 ?? Jason Day ?? Hanya kemenangan menjadi perkiraan. Itulah mentaliti yang
perlu saya terapkan kerana jika saya duduki
tangga kedua, ia hebat tapi mungkin saya tidak
boleh memenangi trofi
Jason Day Hanya kemenangan menjadi perkiraan. Itulah mentaliti yang perlu saya terapkan kerana jika saya duduki tangga kedua, ia hebat tapi mungkin saya tidak boleh memenangi trofi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia