Harian Metro

Terlepas aksi

- AFP

„ Messi terpaksa berehat selepas alami kecederaan pangkal paha

Lionel Messi akan terlepas aksi selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan pangkal paha berulang ketika Atletico Madrid bangkit daripada ketinggala­n untuk mengikat Barcelona 1-1 di Nou Camp, awal pagi semalam.

Ivan Rakitic meletakkan Barca di depan menerusi tandukan sebelum rehat namun Angel Correa menyamakan kedudukan selepas sejam hanya beberapa saat sebaik Messi terhincut-hincut keluar padang.

Terdahulu, kejayaan Real Madrid melakar 16 kemenangan berturut-turut La Liga berakhir apabila Villarreal seri 1-1 di Santiago Bernabeu.

Madrid mendahului Barca dengan tiga mata di puncak liga dengan Atletico satu mata lagi di belakang di tangga keempat.

Sevilla, yang menewaskan Real Betis awal pagi kelmarin, kekal di tangga kedua.

“Untuk kehilangan Lionel Messi bermakna satu kerugian buat bola sepak begitu juga kami,” ujar bos Barca, Luis Enrique.

“Kini kami perlu melihat pilihan lain. Dengan Leo kami lebih kuat, tapi tanpanya kami masih satu pasukan yang kuat.”

Messi dijangka terlepas tiga aksi Barca berikutnya di Sporting Gijon dan Celta Vigo dalam La Liga dan Borussia Moenchengl­adbach dalam Liga Juara-Juara, selain aksi kelayakan Piala Dunia bersama Argentina menentang Peru dan Paraguay.

Pemain Terbaik Dunia lima kali itu terlepas aksi kelayakan terakhir Argentina di Venezuela awal bulan ini kerana kecederaan sama.

Di Bernabeu, juara Eropah mengintai peluang mengatasi rekod La Liga 16 kemenangan yang mula dicipta Barcelona kendalian Pep Guardiola pada 2010-11, namun dihukum kerana persembaha­n hambar pada babak pertama.

“Kami kurang mantap pada babak pertama,” jelas bos Madrid, Zinedine Zidane.

Villarreal lebih bagus pada babak pertama dan usaha keras mereka berbaloi sebaik sebelum rehat apabila Sergio Ramos menahan dengan tangan sepakan Manu Trigueros dan pengadil Jose Luis Gonzalez menghadiah­kan sepakan penalti.

Kapten Bruno Soriano tampil dan tenang menyepak masuk melepasi Kiko Casilla.

Ramos menebus kesilapann­ya sebaik babak kedua bersambung apabila dia melonjak tinggi menanduk masuk sepakan sudut James Rodriguez.

 ??  ?? RAKITIC (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan. MESSI (kanan) mendengar nasihat doktor selepas mengalami kecederaan.
RAKITIC (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan. MESSI (kanan) mendengar nasihat doktor selepas mengalami kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia