Harian Metro

Higuain kembali temui sentuhan

-

Milan: Gonzalo Higuain kembali menemui sentuhan gol apabila juara bertahan Juventus kembali merampas tangga teratas Serie A daripada Napoli selepas membenam Genoa 4-0 di Turin, awal pagi semalam.

Higuain, yang dibeli dari Napoli dengan rekod bayaran perpindaha­n Itali, gagal menemui jaringan dalam dua aksi terdahulu Juve, seri tanpa jaringan dengan Sevilla pada aksi Liga Juara-Juara dan kekalahan 1-2 kepada Inter Milan, Ahad lalu.

Namun penyerang Argentina itu menempelak sebarang keraguan mengenai bakatnya dengan gol keempat

(gambar)

musim ini hanya selepas setengah jam selepas pertahanan Daniele Rugani memberikan Juve gol pendahulua­n pada minit ke-14.

Juventus mendominas­i sepanjang aksi dan pelawat dari Sardinia bernasib baik tidak dihukum lagi.

Dani Alves, yang menyertai kelab itu hujung musim lalu dari Barcelona, meledak gol ketiga Juve tiga minit sebelum rehat manakala tendangan padu Mario Lemina ditampan masuk ke pintu gol sendiri oleh pemain Cagliari, Luca Ceppitelli pada minit akhir.

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri menegaskan, kritikan berikutan kekalahan pertama kempen amat “keterlalua­n” namun berkata: “Bagus untuk kembali ke puncak liga. Pemain bertindak baik selepas perlawanan Ahad lalu, begitu juga terhadap kritikan yang melampau.

“Ia tidak menarik minat saya sama ada kami kuat atau lemah. Apa yang kami mahukan adalah memenangi kejuaraan.” - AFP

 ??  ??
 ??  ?? ZIDANE anggap Real kurang bernasib baik.
ZIDANE anggap Real kurang bernasib baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia