Harian Metro

CITY TONIK JUMPA

-

Red Devils diundi menentang seteru setempat pada pusingan keempat Piala Liga

London

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan musuhnya dari Manchester City, Pep Guardiola akan berdepan sesama sendiri pada aksi Piala Liga Inggeris selepas kedua-dua pasukan melepasi pusingan ketiga, awal pagi semalam.

United menang 3-1 di kelab divisyen tiga Northampto­n Town bagi mengendurk­an tekanan dihayenoor­d Mourinho berikutan tiga kekalahan berturut-turut manakala penyandang juara City menang 2-1 ke atas Swansea City di gelanggang lawan.

Tottenham Hotspur dianugerah­kan kunjungan ke Liverpool selepas membenam Gillingham 5-0, manakala West Ham berdepan Chelsea selepas mengatasi kelab divisyen empat Accrington Stanley.

“Kami berhak menang,” kata Mourinho selepas gol sumbangan Michael Carrick, Ander Herrera dan pemain gantian Marcus Rashford membantu pasukannya mara ke pusingan keempat.

Mourinho, bercakap sebelum undian itu dilakukan, berkata: “Ia sukar, seperti yang saya jangkakan, tapi kami menguasai selama 35 minit dan kemudian 45 minit terakhir.

“Ia satu perlawanan sukar, tapi secara keseluruha­n satu persembaha­n positif.”

Mourinho, turut berasakan pemain Northampto­n, Jak McCourt sepatutnya dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Memphis Depay, tidak menghadiri sidang akhbar selepas perlawanan itu.

Kemenangan United satu tonik buat Mourinho dan pasukannya berikutan kekalahan berturut-turut di tangan Manchester City, Fedapi dan

Watford.

“Saya fikir ia bagus buat kami,” kata pemain tengah United, Herrera.

“Kami boleh mempamerka­n sekali lagi apa yang kami mahu lakukan. Kami amat kecewa (tewas kepada City) kerana di depan penyokong kami sendiri dan kini berpeluang sekali lagi menentang mereka.

“Saya pasti ia berbeza.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia