Harian Metro

United harap kejar pendahulu

-

London: Selepas kalah aksi Liga Perdana Inggeris dua kali berturut-turut, Manchester United berharap untuk menyemarak­kan semula kempen mereka dan mengejar pendahulu awal dengan kemenangan di laman sendiri menentang juara bertahan Leicester City, malam esok.

Sesudah tewas kepada pendahulu Manchester City dan Watford, serta kalah pada aksi Liga Juara-Juara di tangan Feyenoord, United sudah ketinggala­n di belakang City kendalian Pep Guardiola dengan enam mata dan menghuni tangga ketujuh.

Pengurus Jose Mourinho bercakap mengenai anak buahnya yang beraksi dengan ‘negatif’, termasuk mengkritik secara terbuka pertahanan Luke Shaw selepas kecundang 1-3 di Watford hujung minggu lalu.

Kemenangan 3-1 ke atas Northampto­n Town pada aksi Piala Liga, awal pagi semalam berjaya mengelakka­n kekalahan keempat berturut-turut, namun ia bukannya satu persembaha­n gemilang barisan United menentang kelab divisyen tiga itu.

Pasti ramai tertarik dengan pilihan pasukan Mourinho di laman sendiri menentang Leicester dan sama ada kapten England dan United, Wayne Rooney, yang bertindak hambar setakat ini, berjaya mengekalka­n tempatnya.

City, selepas menang lima aksi pertama liga di bawah Guardiola untuk mengunggul­i carta, berkunjung ke Swansea City buat kali kedua dalam tempoh empat hari, selepas anak buah Guardiola menang 2-1 pada aksi Piala Liga, awal pagi semalam.

Penyerang Sergio Aguero boleh diturunkan selepas melengkapk­an penggantun­gan tiga perlawanan, sekalipun City menjaringk­an enam gol tanpanya dalam dua aksi liga menentang United dan Bournemout­h.

Everton akan bertandang ke pantai selatan menentang Bournemout­h, yang berada di kelompok empat tercorot namun mengikat mereka 3-3 dalam satu daripada aksi paling dramatik musim lalu dengan empat gol dijaringka­n dalam 10 minit terakhir.

Tottenham, tanpa penyerang England Harry Kane yang cedera, berkunjung ke timur laut untuk berdepan pendatang baharu Middlesbro­ugh, yang bermula baik sebelum kalah dua aksi terakhir. - Reuters

 ??  ?? CARRICK (kanan) menjaringk­an gol
cantik dari luar kotak penalti.
CARRICK (kanan) menjaringk­an gol cantik dari luar kotak penalti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia