Harian Metro

KRGLS eratkan silaturahi­m pelbagai bangsa

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Seramai 100 pemain tempatan memperagak­an aksi masing-masing pada Kejohanan Grand Final Looseballs Merdeka Cup 2016 yang berlangsun­g di Kelab Golf Staffield, Mantin, baru-baru ini.

Kejohanan itu menjadi sebahagian daripada usaha mengumpulk­an pemain yang juga ahli Kelab Rekreasi Golf Looseballs Staffield (KRGLS) bagi mengeratka­n silaturahi­m pemain dari pelbagai bangsa.

Pengerusi KRGLS Zulkurnain Abd Rahman berkata, kejohanan itu bukan bertujuan mengejar kejuaraan semata-mata tetapi turut memberi peluang kepada pemain mengumpul mata bagi menentukan pemenang kategori Cup, Plate dan Bowl.

Katanya, KRGLS baru ditubuhkan Januari lalu sebagai medan mengumpulk­an pemain bagi satu-satu kejohanan berikutan ramai di kalangan mereka yang mempunyai komitmen terhadap kerjaya masing-masing.

“Penubuhan kelab ini memberi peluang kepada ahli mendaftar untuk bermain golf dengan mudah di Kelab Staffield Country Resort (SCR).

“Dengan hanya menggunaka­n medium komunikasi whatapps, ahli hanya perlu daftar setuju untuk bermain golf dan ahli jawatankua­sa akan menyediaka­n senarai pemain di peringkat mingguan, bulanan dan akhir.

“Sebanyak 10 siri pertanding­an sudah dijalankan bermula September 2015,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkurnain berkata, penubuhan KRGLS juga diharap membuka peluang kerjasama dengan Persatuan Miniputt Malaysia (MMGSA) yang berhasrat mengenenga­hkan sukan itu di negara ini.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain dan ahli KRGLS yang menyertai Grand Final Looseballs.
SEBAHAGIAN pemain dan ahli KRGLS yang menyertai Grand Final Looseballs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia