Harian Metro

UMK FC wakili Jeli ke LBSR

- Mohamed Sahidi Yusof sahidiy@gmail.com

Jeli: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) FC sedia melakar kejutan selepas diberi kepercayaa­n mewakili daerah itu pada kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBSR) musim ke-2 yang akan bermula 30 September ini.

Sehubungan itu, pasukan berkenaan tampil dengan 30 pemain termasuk yang pernah beraksi bersama Jeli FA musim lalu.

Majlis memperkena­lkan jersi, pemain dan pegawai pasukan itu diadakan di padang bola sepak UMK Jeli baru-baru ini dan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah Datuk Aziz Derahsid yang mewakili penaung kelab yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama, Penolong Naib Canselor UMK Prof Rosdi Abdul Rahman dan Setiausaha Politik kepada Mustapa Mohd Nasir Md Noor.

Pengurus Jeli-UMK FC Noormazi Mamat berkata, pasukan yang ditubuhkan hasil gabungan pemain UMK dan Jeli FA itu mendapat khidmat jurulatih Anizan Daud.

“Kira-kira 108 pasukan akan bertanding pada kejohanan LBSR musim ke-2 nanti dan Jeli-UMK FC ditempatka­n dalam kumpulan D/T3 bersama Tanah Merah, Machang dan Setiu.

“Adalah menjadi hasrat kami untuk memberi cabaran hebat dan mara ke peringkat akhir sekali gus bergelar juara LBSR musim ini,” katanya.

Pada kejohanan LBSR musim pertama, pasukan Jeli FA yang mewakili daerah berkenaan hanya berjaya mara ke separuh akhir selepas dikecewaka­n pasukan Sarawak FA.

LBSR musim ke-2 yang akan diadakan di setiap negeri mulai minggu depan dan dijangka berakhir April 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia